Juadah Berbuka Puasa Pilihan Artis Malaysia

Cantiknya Neelofa Di Majlis Makan Malam

Pejam celik pejam celik, Ramadhan yang dirindui kini kembali. Disambut penuh ketaqwaan, umat Islam mula berpuasa selama 30 hari dengan menahan diri dari makan dan minum serta menjauhi perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Selain melipatgandakan amal ibadat, bulan mulia ini juga sinonim dengan kepelbagaian makanan seperti lauk-pauk, kuih-muih, manisan dan air minuman.

Sama ada memasak di rumah atau membeli di bazar Ramadhan, pastinya ramai yang menantikan juadah kegemaran masing-masing untuk dijadikan menu wajib ketika berbuka puasa bersama keluarga atau kenalan rapat.

Tidak ketinggalan, beberapa artis popular negara turut berkongsi juadah pilihan mereka di bulan puasa. Apa tunggu lagi, jom kita semak!

Makanan Kegemaran Artis Malaysia Di Bulan Ramadhan

1. Datuk Siti Nurhaliza

Antara makanan yang wajib ada ketika berbuka puasa adalah sambal udang petai, ikan patin tempoyak, ikan masin dan ulam-ulaman. Saya juga akan memasak asam pedas atau kari untuk mempelbagaikan juadah ketika berbuka.

2. Neelofa

Saya tidak gemar mengambil makanan berat ketika berbuka puasa. Kalau di rumah, juadah yang wajib ada mestilah karipap dan pisang goreng yang dibuat sendiri. Kalau dah malam sedikit, barulah saya ambil makanan berat.

3. Zizan Razak

Juadah wajib saya mestilah kurma dan ayam percik. Setakat ini, saya tidak pernah ‘miss’ makanan ini setiap kali berbuka puasa. Sejak dari kecil lagi, saya memang gemar makan ayam percik.

4. Johan

Martabak dan roti john merupakan pilihan saya dan anak-anak untuk berbuka puasa. Kebiasaannya, saya hanya menjamah kurma dan air sebelum memakan makanan lain. Kalau nasi, saya akan makan selepas menunaikan solat Maghrib bagi mengelakkan tubuh badan dari rasa lemau.

5. Fathia Latif

Saya tidak cerewet soal menu berbuka tetapi yang saya akan pastikan ada pada waktu berbuka ialah air buah-buahan.

6. Fazura

Saya suka pergi ke bazar Ramadhan. Bazar yang selalu saya kunjungi saban tahun adalah di Taman Tun Dr Ismail. Juadah wajib yang akan saya cari di sana adalah nasi lemak dan tepung pelita.

7. Shila Amzah

Kalau berbuka, saya tidak cerewet tentang menu. Selain kurma, saya sangat gemar kuih-muih seperti putu bambu. Ketika bersahur pula, saya mesti nak makan sambal tumis ikan bilis.

8. Nabil Ahmad

Kuih sagu, tepung pelita dan murtabak adalah kegemaran saya ketika iftar. Untuk lauk pula, saya lebih suka ayam percik manakala bandung cincau menjadi air minuman pilihan.

9. Izara Aishah

Saya jenis yang tidak kisah juadah. Yang paling penting, mesti ada air berwarna di atas meja kerana saya tidak minum air kosong. Kalau ke bazar pula, saya suka mencari pencuci mulut seperti agar-agar ataupun puding.

10. Ozlynn

Setiap kali Ramadhan tiba, saya mesti nak makan rojak buah. Rojak buah menjadi menu wajib saya setiap kali berbuka. Saya selalunya memakannya selepas menunaikan solat Maghrib atau solat Terawih.


Carian Berkaitan

juadah berbuka puasa pilihan hati kegemaran keluarga, makanan kegemaran artis tanah melayu

Azlan Jusoh

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan selama dua tahun dan di sebuah portal berita selama setahun lebih. Kini, berjinak-jinak sebagai penulis sambilan.

More Posts

Loading...

Tags: #artis malaysia berbuka puasa #juadah artis malaysia #Juadah Berbuka Puasa Pilihan Artis Malaysia #makanan kegemaran artis malaysia #Menu Wajib Artis Malaysia Di Bulan Ramadan

Biodata Ude Wahid, Susulan Kontroversi Perkahwinan Dengan Izreen Azminda
Siapakah Ude Wahid? Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude adalah seorang pemuzik bebas
Biodata Elyana, Penyanyi Yang Pernah Popular Dengan Lagu Kalis Rindu
Elyana, satu nama besar dalam industri hiburan suatu masa dahulu. Lagu-lagu berentak pop
Senarai Frekuensi Stesen Radio Di Malaysia
Mendengar radio adalah sesuatu yang wajib ketika memandu kereta. Betul tak? Tapi kadang-kadang
Biodata Dayah Bakar, Host Jom Singgah (TV3)
Siapa Dayah Bakar? Mungkin nama tersebut agak asing buat sesetengah penonton. Gadis cantik manis

Leave a reply "Juadah Berbuka Puasa Pilihan Artis Malaysia"