Ke Banda Aceh Dengan Traveloka

Travel Ke Banda Aceh

Apa khabar korang? Kali ini, aku nak cerita tentang percutian aku dan kawan aku ke Banda Aceh dan Pulau Weh. Percutian ini memang amat menarik dan bermakna bagi kami berdua. Percutian ini bermula apabila kami bercerita tentang tsunami yang telah melanda Indonesia ketika dahulu, kami bercerita panjang tentang semasa tsunami berlaku di kampung aku dan kampung kawan aku. Lepas tu, terus masuk ke topik Banda Aceh yang paling teruk sekali terkena tsunami. Kami terus google Banda Aceh selepas tsunami, dan lihat banyak tempat yang menjadi terkenal selepas kejadian tsunami contohnya bot di atas rumah dan masjid yang tidak terjejas semasa tragedi tsunami tu.

Pengalaman Bercuti Ke Banda Aceh

Time tu, kami sebulat suara terus decide untuk berkunjung ke Banda Aceh ni untuk merasa sendiri suasana di sana. Jadi aku terus visit satu page yang aku jumpa time scroll Instagram a few days back. And dari situ, aku terus didirect kan ke official website dorang. Traveloka Malaysia ni adalah satu web yang boleh aku cakap all in one, sebab apa? Sebabnya kat sini lah aku baca blog, kat sini juga aku baca rating tempat yang best atau tak best, kat sini aku boleh buat booking hotel, kat sini juga aku boleh book flight ticket. Wow mesti korang tak sangkakan ada website yang full pakej ni. Contohnya kan, kalau korang nak pergi Langkawi, korang boleh search je Langkawi dan set berapa bajet korang. Korang boleh jugak baca blog kat sini pasal pengalaman orang lain di tempat yang syok. So Traveloka Malaysia ni selalu juga ada offer promotion, so korang boleh dapat diskaun pada masa yang tertentu dan terhad. Dia pun dah ada mobile apps sekarang so korang boleh download je terus ke smartphone korang. So nanti boleh lah selalu tengok harga yang sentiasa update dan boleh find out best price pada date yang korang nak pergi.

Pulau Weh, di sebelah utara pulau Sumatera, mempunyai segala yang dianggap sebuah syurga pulau – air biru dan jernih, banglo dengan pemandangan laut yang menakjubkan untuk kira-kira RM 28.00 (100,000 Rs), kehidupan underwater yang cantik dapat dilihat dengan melakukan aktiviti snorkeling, pantai berpasir putih dan air terjun yang indah. Hanya negatif – harga bir, yang jarang berlaku di Sumatera Utara, kerana bahagian pulau ini sangat konservatif. Banda Aceh, bandar dari mana anda akan membawa feri ke Pulau Weh, hanya menarik untuk masjidnya yang indah. Kami mengambil penerbangan dari KLIA ke Banda Aceh dengan penerbangan AirAsia.

Masjid Raya Baiturrahman Banda Aceh Pemandangan Cantik Pulau Weh Banda Aceh

Dari lapangan terbang Banda Aceh, naik teksi ke pusat bandar atau pelabuhan (kami berunding dan dapat harga RM 19.50). Untuk pergi ke Pulau Weh, terdapat dua feri lambat setiap hari (RM 7.00 / orang) dan feri cepat, sedikit lebih mahal. Sekali di pulau itu, kami masih ada 1 jam dengan teksi untuk sampai ke kampung (kami membayar RM 8.50 / orang). Kami merancang untuk menghabiskan satu malam di Banda Aceh untuk melawat Masjid Baiturrahman, masjid yang sangat popular kerana rekabentuk seperti Masjid Nabawi di Madinah. Kami tinggal di Hotel Prapat, hotel yang tak ada air panas tapi ada penghawa dingin dengan hanya RM 49.00 (yang kelihatan sangat mahal apabila anda membayar RM 28.00 saja di Pulau Weh untuk banglo dengan pemandangan laut yang luar biasa!). Hotel ini terletak sangat dekat dan amat mudah untuk melihat masjid, iaitu kira-kira 15 minit dengan berjalan kaki. Bangunan indah dan megah yang mirip dengan Taj Mahal di India ini terletak tepat di jantung Kota Banda Aceh dan menjadi titik pusat dari segala kegiatan di Aceh Darussalam. Kalau korang nak tau, oleh sebab arkitekturnya yang sangat indah, masjid ini telah menjadi antara yang tercantik di Indonesia.

Dah puas pusing-pusing kawasan masjid, barulah rasa lengkap kunjungan kami ke sini. Baru la boleh pulang ke Malaysia dengan tenang. Heheh.. Setelah selesai merasai masakan tempatan dan shopping buah tangan untuk dibawa pulang, maka kami pun fly balik ke tanah air. Walaupun percutian kali ni tak lama, tapi cukup untuk memberi kesan dan kenangan yang indah sepanjang hidup.

Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

More Posts - Website

Loading...
Dota 2 Ialah Game Paling Popular Di Dunia
Pengaruh Dota Setiap genre computer games pasti mempunyai peminatnya yang tersendiri. Begitu juga
Tips Bercuti dan Melancong Ke Maldives
Kepulauan Maldives merupakan destinasi percutian idaman bagi ramai orang. Alhamdulillah saya sudah sampai
10 Ayat Pickup Line Chia Chia Chia
Ayat Pickup Line Versi Melayu memang terus menjadi trending di Malaysia, walaupun dalam
Ayat Pickup Line Melayu Terlajak Manis Kiriman Pembaca
Sebahagian Ayat Pickup Line Melayu ini adalah kiriman pembaca dan kami kumpulkan untuk

Leave a reply "Ke Banda Aceh Dengan Traveloka"