Kelebihan Bacaan dan Video Selawat Syifa


Dalam rawatan Islam, penggunaan doa daripada ayat-ayat al-Quran, Hadith Nabi SAW atau doa-doa yang tidak mengandungi kata-kata pemujaan kepada makhluk atau mensyirikkan Allah adalah diharuskan. Salah satu doa atau selawat bacaan dalam rawatan penyakit adalah Selawat Syifa’.

Kelebihan Selawat Syifa

1. Menyembuhkan pelbagai jenis penyakit
Baca 21x dan hembus dalam air. Minum air tersebut dan sapu di tempat yang sakit.

2. Merangsang minda kanak-kanak
Baca dan hembuskan ke kepala anak semasa mereka tidur. Boleh juga baca pada kismis dan beri anak makan sehari 3 biji.

3. Melembutkan hati yang sedang marah atau merajuk


Baca 3 kali dan tarik nafas dalam2. Ulang sebanyak 3 kali. Boleh juga hembus perlahan2 pada orang yang sedang marah.

4. Memupuk kasih sayang di antara ibu bapa dan anak-anak dan memupuk rasa cinta di antara suami dan isteri.
Amalkan sebagai zikir ketika sedang menyapu rumah dan ketika memasak makanan untuk keluarga anda.

Selawat Syifa Dalam Rumi

Allahumma salli ‘ala Sayyidina Muhammadin,
tibbil qulubi wa dawaaâ iha,
wa `afiyatil abdaani wa shifaaâ iha,
wa nuril absari wa diyaâ iha,
wa `ala Aalihi wa Sahbihi wa Barik’ wa Sallim

Video Selawat Syifa’ (Berserta Rumi) oleh Kumpulan Hijjaz

Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, nabi Muhammad S.A.W. yang dengan berkat baginda, engkau menyembuhkan hati-hati, menjadi penawar dan menyihatkan tubuh badan juga memberi kesembuhan penyakit serta mengurniakan cahaya penglihatan dan kurniakanlah juga rahmat keberkatan dan kesejahteraan keatas keluarga dan sahabat baginda.

WALLAHUALAM.

 


Carian Berkaitan

selawat syifa rumi, selawat syifa, surah syifa rumi, selawat shifa

Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

More Posts - Website


Artikel Berkaitan

Tags: #Selawat Syifa

Perkongsian Ilmu Oleh Fynn Jamal
Baru-baru ini menerusi laman sosial Instagram peribadinya, penyanyi Fynn Jamal boleh dilihat dengan penampilan
Lagu Memuja Syaitan
Mendengar lagu tiada salahnya. Sehinggakan, ada yang menjadikan hiburan lagu itu sebagai satu
Panduan Lengkap Solat Sunat Tasbih
Apakah Solat Sunat Tasbih Solat sunat tasbih ialah solat sunat yang dikerjakan sebanyak 4
Biodata Ustaz Ebit Lew
Biodata Ustaz Ebit Lew | Dengan tagline ‘keluarga sunnah’, dan sentiasa menyeru umat

Leave a reply "Kelebihan Bacaan dan Video Selawat Syifa"