Langgan newsletter kami!
Jenis Kain Dan Fabrik

Kenali Jenis Fabrik Pakaian Anda

Sesetengah orang mungkin tidak peduli, tetapi jenis fabrik sesuatu kain atau pakaian itu penting untuk diambil tahu kerana rasa dan rupanya memainkan peranan bagi si pemakai.

Ini dia 7 jenis fabrik yang popular:

Cotton merupakan fabrik yang paling banyak dibuat pakaian dan berasal daripada pokok kapas. Ia fabrik yang lembut dan selesa kerana ia tidak menghalang pengudaraan kulit kita. Penjagaannya juga sangat mudah dan ia mesra alam. Walaubagaimanapun, fabrik ini akan semakin mereput selepas setiap basuhan. (Ini boleh jadi alasan untuk beli baju baru)

  • LINEN

Linen telah digunakan sejak zaman purba oleh orang Mesir untuk membalut mumia. Ia adalah fabrik semula jadi yang berasal daripada pokok flax. Ia fabrik yang sejuk dan ringan, sesuai untuk cuaca panas. Ia juga kelihatan elegan pada si pemakai. Walaubagaimanapun, fabrik linen ini mudah berkedut jadi ia perlu digantung berbanding dilipat.

  • POLYESTER

Polyester adalah fabrik sintetik yang terhasil melalui proses kimia daripada petroleum. Tahan lama, fabrik ini tidak akan rosak dan tidak mudah berkedut. Walaubagaimanapun, fabrik ini menghalang pengudaraan kulit sehingga boleh menyebabkan kegatalan pada si pemakai dan ia tidak mesra alam.

  • SILK

Sutera adalah fabrik semula jadi yang berasal daripada ulat sutera. Ulat-ulat tersebut membuat kepompong mereka dan kepompong inilah yang direbus dan ditenun menjadi fabrik. Ia fabrik yang mewah dan lembut serta memantulkan cahaya yang menjadikannya berkilat. Fabrik ini mahal dan sukar untuk dijaga dan ia mengancam populasi ulat sutera.

  • NYLON

Nylon merupakan alternatif sintetik bagi fabrik sutera, sejenis thermoplastic yang licin. Ia tahan lasak, murah dan mudah digayakan namun ia boleh mencair pada takat suhu yang tinggi.

  • WOOL

Wool berasal daripada bulu kambing dan nama lainnya adalah kashmir dan mohair. Ia sesuai bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif dan bagus untuk memanaskan kulit dalam cuaca sejuk. Malangnya, fabrik ini akan mengecut apabila dibasuh pada suhu yang tinggi.

  • RAYON

Rayon pula adalah fabrik yang dibuat dengan menghasilkan serat cellulose. Ia seakan-akan cotton, linen dan sutera jadi ia lembut, licin, selesa dan terletak cantik pada tubuh si pemakai. Kekurangan fabrik ini adalah pembuatannya menghasilkan sisa yang banyak dan ia lebih cepat reput daripada cotton.

Nah, sekarang anda boleh membuat pilihan yang lebih bijak apabila membeli pakaian kelak.

Print Friendly, PDF & Email

About Leen

Graduan Komunikasi dan Media Massa ini pernah menjadi jurukecantikan dan instruktur senaman. Sekarang seorang penulis bebas, harapannya adalah untuk mengajak orang ramai memperbaiki kesejahteraan diri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: