Langgan newsletter kami!
Tudung Bawal Aidijuma Yang Sangat Popular

Kenali Jenis Tudung di Pasaran

Bagi anda yang memang bertudung, mungkin anda sudah arif tentang jenis-jenis tudung yang ada di pasaran. Tetapi, bagi anda yang tidak bertudung, sama ada perempuan mahupun lelaki, anda perlu tahu tentang 5 jenis tudung ini. Siapa tahu ia berguna untuk anda kemudian hari?

Tudung Awning

Tudung yang mempunyai awning ini senang untuk digayakan dengan hanya disarung. Ia menjimatkan masa bagi mereka yang sibuk atau pun tidak suka bersiap lama di depan cermin.

Tudung ini datang dalam bermacam rekaan dan kebiasaannya mempunyai banyak lapisan dengan warna dan corak yang pelbagai menjadikannya mudah untuk dipadankan dengan busana.

Walau bagaimanapun, tudung ini susah sedikit untuk dijaga kerana perlu dibasuh dengan tangan dan digantung dengan penyangkut yang sesuai bagi mengelakkan awning daripada rosak.

Selendang/Shawl

Tudung ini sangat digemari sekarang kerana ia sangat versatile, boleh dipakai dengan lilitan yang paling mudah atau pun dikreatifkan mengikut imaginasi si pemakai. Ia kelihatan trendy dan stylo.

Tudung yang panjang ini datang dalam pelbagai jenis fabrik, warna dan corak yang selalunya tidak perlu digosok dan boleh terus dililit di kepala.

Tetapi, tudung ini mungkin menjadi masalah bagi mereka yang tidak gemar menggunakan peniti dan pin kerana boleh merosakkan tudung serta ia mengambil sedikit masa untuk digayakan dengan sempurna. (Orang lelaki mesti tahu inilah sebab kenapa orang perempuan bersiap lama)

Tudung Bawal

Tudung bawal sudah sangat lama di pasaran dan masih kekal dipakai oleh ramai wanita. Dahulu, tudung bawal datang dalam pelbagai warna tanpa corak tetapi kini tudung bawal juga mempunyai corak yang menarik.

Penggayaan tudung bawal ini cukup mudah dan ia memberi penampilan yang kemas kepada si pemakai.

Walau bagaimanapun, kebiasaannya tudung bawal ini perlu digosok dan fabriknya juga jarang. Pernah tak anda lihat rambut seseorang itu terpacak keluar dari tudungnya? Inilah sebabnya.

Tudung Syria

Tudung syria juga mudah dipakai hanya dengan disarung tanpa perlu dipin atau dililit ke kepala. Ketiadaan awning membuatkannya mudah dicuci dan disimpan.

Walau bagaimanapun, tudung syria ini sudah kurang popular di pasaran. Mungkin kerana ia kurang glamour jadi pengeluarannya dihadkan.

Instant Shawl

Ini dia tudung yang paling fleksibel untuk mereka yang ingin bergaya memakai selendang tetapi tidak mahu membuang masa bersiap terlalu lama.

Tudung ini datang dalam pelbagai rekaan yang perlu dicuba terlebih dahulu untuk memastikan kesesuaiannya dengan bentuk wajah.

Walau bagaimanapun, tudung ini agak mahal harganya jadi anda tidak dapatlah memborongnya selalu.

Print Friendly, PDF & Email

About Leen

Graduan Komunikasi dan Media Massa ini pernah menjadi jurukecantikan dan instruktur senaman. Sekarang seorang penulis bebas, harapannya adalah untuk mengajak orang ramai memperbaiki kesejahteraan diri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: