Langgan newsletter kami!
Safiey Ilias Header Banner

Biodata Safiey Ilias dan Kisah Kejayaan Beliau

Biodata Safiey Ilias | Siapakah Safiey Ilias? Apakah rahsia kejayaan jutawan produk kosmetik ini? Ikuti sejarah hidup dan kisah kejayaan Safiey Ilias yang boleh kita contohi. InsyaAllah apa yang baik boleh kita jadikan teladan.

 

Kisah Hidup Safiey Ilias

Gambar Safiey Ilias Dulu Semasa Zaman SekolahSafiey Ilias adalah seorang lelaki biasa yang lahir di Felda Lakum, Lanchang, Pahang pada 19 Mei 1994. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Lakum dan mendapat kesemua A dalam UPSR. Beliau seterusnya melanjutkan pelajaran ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) iaitu di SM Sains Sultan Hj Ahmad Shah (SEMSAS), Kuantan, Pahang. Namun pembelajaran di sana hanya bertahan selama 2 minggu sahaja disebabkan homesick. Beliau terlalu rindukan emak dan ayah dan tak biasa hidup berjauhan di asrama. Beliau seterusnya meneruskan pelajaran ke SMK Datuk Bahaman, Lanchang dan mendapat kesemua 8A dalam peperiksaan PMR. Disebabkan kecemerlangan itu, beliau ditawarkan ke sebuah lagi Sekolah SBP iaitu di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kuantan (SBPIK).

Semenjak berpindah ke Kuantan, beliau merasakan kos sara hidup di sana agak tinggi. Ayahnya cuma mempunyai kereta Kancil untuk menghantar beliau ke sekolah.

Saya tak macam anak orang lain yang tiap-tiap minggu keluar outing ke bandar. Ada yang tiap-tiap minggu mak ayah datang hantar makanan dan KFC. Rasa jealous sangat masa tu. Disebabkan desakan nak juga hidup senang sedikit seperti kawan lain di samping untuk tak menyusahkan mak ayah, saya mula buat bisnes dari asrama sekolah.

Beliau seterusnya mulakan bisnes tanpa modal dengan menjadi agen dropship untuk produk kecantikan seperti suntikan pemutihan kulit dan pil jerawat. Satu kotak produk dapat menjana keuntungan margin yang tinggi iaitu RM50 hingga RM200. Beliau seperti tidak percaya ada pelanggan wanita yang sanggup menghabiskan sejumlah wang yang banyak untuk membeli produk kecantikan itu walaupun harganya agak mahal. Mungkin kurang persaingan pada waktu itu.

Saya gunakan Facebook sahaja pada masa tu. Setiap hujung minggu saya akan keluar outing atau pinjam laptop cikgu. Masa tu di Koperasi sekolah ada cikgu yang sediakan sewaan surf internet dengan harga RM2 sejam. Jadi saya guna peluang itu untuk buat duit.

Masa itu lah saya gunakan untuk ambil database customer. Saya biasanya akan minta maklumat pelanggan seperti nama, no telefon, alamat dan email customer yang berminat dengan produk tu. Kemudian, saya akan tulis maklumat tu dalam sebuah buku tulis. Saya tak ada telefon di asram , jadi saya gunakan telefon asrama untuk call supplier dan customer saya.

Sementara itu, pada waktu malam selepas habis kelas prep (belajar), saya akan call customer. Masa tu banyak la duit syiling dan kad telefon saya ada. Senang untuk call customer. Setiap orang saya akan call untuk tanyakan sama ada dah dibuat bayaran atau belum. Pada waktu itu saya cuma ada akaun Bank Rakyat sahaja. Selepas dah confirm bayaran, saya akan terus call supplier dan supplier akan poskan barang yang dipesan.

Semakin hari semakin banyak untung saya dapat dan sekarang saya dah boleh beli stock sendiri. Masa tu saya jual produk sabun muka, bb cream, mask dan pelbagai lagi. Saya jual tu sebab saya pun pakai sebab masa tu muka saya pun memang banyak jerawat. Maklumla zaman remaja sekolah hormon tengah tak berapa stabil.

 

Kejayaan Safiey Ilias

Berkat usaha keras beliau, sewaktu di tingkatan 5 beliau telah ada simpanan sebanyak RM200k cash! berkat perniagaan di asrama. Namun disebabkan jiwa remaja yang suka enjoy dan tiada pengurusan duit yang betul, simpanan beliau berkurangan sehingga tinggal RM8,000 sahaja. Banyak juga duit yang beliau gunakan semasa hendak menyambung Pelajaran di UiTM tanpa mengharapkan pertolongan mak ayah. Selepas 6 bulan belajar di UiTM, beliau berhenti belajar disebabkan pelbagai masalah termasuklah abang kandung beliau meninggal dunia. Safiey kemudiannya berpindah ke Ukay Perdana dan berbekalkan modal RM500 yang tinggal, Safiey mengeluarkan produk Aurora dan memulakan perniagaan SPA sendiri di rumah.

Pelbagai halangan semasa mengeluarkan produk sendiri antaranya beliau terpaksa bergerak menggunakan teksi seperti ke kilang produk dan menempah sticker sendiri di Achik Printing Taman Melawati. Beliau juga terpaksa memotong sendiri sticker menggunakan gunting dan menampal secara manual pada setiap botol produk yang dihasilkan. Seterusnya ke pejabat pos untuk menghantar barang yang dipesan pelanggan pun dengan menaiki teksi. Kegigihan beliau terbalas jua, akhirnya pada bulan Jun 2013 semasa Safiey berumur 19 tahun, beliau dapat mencecah keuntungan sebanyak 1 juta bersih.

Sehingga hari ini Safiey Ilias telah memiliki banyak kerata idaman ramai iaitu Toyota Camry, Toyota Hilux, Mini Cooper, Audi dan Hummer H2.

Lihat video bagaimana Safiey Ilias boleh jadi jutawan.

 

Safiey Ilias Pondan Jelita Safiey Ilias Dengan Kereta Hummer H2

 

Hidayah Allah

Sesungguhnya Safiey Ilias adalah seorang yang berjiwa besar. Jika tidak, mana mungkin beliau mampu menjana pendapatan 1 juta pertamanya pada umurnya 19 tahun. Beliau seorang yang bersungguh. Jika tidak, mana mungkin beliau mampu membina sebuah empayar perniagaan dalam usia yang muda. Beliau seorang yang bijak. Jika tidak, mana mungkin beliau ketemu hidayah dalam dunia gelap seorang Mak Nyah. Sesungguhnya hidayah itu milik Allah. Pada 16 April 2016, Safiey Ilias telah balik ke pangkal jalan dengan melakukan pembedahan untuk membuang implan pada bahagian dadanya.

Safiey Ilias Menjalani Pembedahan PayudaraGambar Dada Safiey Ilias Yang Telah Dibuang Implan

 

Biodata Penuh Safiey Ilias Jutawan Produk Kecantikan Yang Kembali Menjadi Lelaki

  • Nama Penuh: Saifuddin Bin Ilias
  • Nama Popular: Safiey Ilias
  • Umur: 22 Tahun (2016)
  • Tarikh Lahir: 19 Mei 1994
  • Asal: Felda Lakum, Lanchang, Pahang
  • Alamat Terkini: Kuala Lumpur
  • Jantina: Lelaki
  • Pekerjaan: Usahawan Online Produk Perlaking, Pakar Motivasi dan Mentor Perniagaan
  • Pendidikan:
    – Pencapaian: 5A UPSR, 8A PMR dan SPM (Semua A)
    Sekolah:
    – SK Lakum
    – SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah (SEMSAS), Kuantan, Pahang
    – SMK Datuk Bahaman, Lanchang, Pahang
    – Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kuantan (SBPIK), Pahang
    – Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam, Selangor
  • Produk Safiey Ilias:  PERLAKING Serbuk Mutiara Asli, Aurora SX, Aurora COLLA PLUS dan banyak lagi..

 

Safiey Ilias Ingin Kembali Menjadi Lelaki

Wajah Muslim Sejati Safiey Ilias Berkopiah

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: