Kenali Watak Yaya dalam BoBoiBoy


Biodata Yaya

  • Nama Watak BoBoiBoy: Yaya
  • Nama Timangan: Mimi (BoBoiBoy)
  • Kuasa: Manipulasi Graviti
  • Jantina: Perempuan
  • Umur: 11 Tahun
  • Keluarga: Makcik Yah (Ibu), Pakcik Yah (Bapa), ToToiToy (Adik lelaki)
  • Spesis: Manusia (Salah seorang daripada kawan BoBoiBoy)
  • Hobi: Membuat biskut
  • Suara Asal: Nur Sarah Alisya Zainal Rashid

Personaliti Yaya

  • Seorang gadis bertudung yang manis, mesra dan ceria, tetapi mudah kecil hati.
  • Seorang yang prihatin dan selalu memberi nasihat kepada kawan-kawannya.
  • Seorang yang suka menolong orang dan tidak suka apabila kawan-kawannya menolak pertolongannya.
  • Seorang yang tidak akan mengaku kalah dalam persaingannya terhadap Ying untuk mendapat nombor satu dalam setiap ujian dan peperiksaan.
  • Seorang yang bersikap tegas tanpa berat sebelah dalam mendenda pelajar yang melanggar peraturan sekolah, walaupun kawan baiknya sendiri.

Kuasa Yaya

Secara asasnya, Yaya mempunyai Jam Kuasa yang mampu untuk memanipulasi dan mengawal graviti.

  • Kuasa Terbang dan Super Kuat
    Mengurangkan daya tarikan graviti dengan kuasa manipulasi graviti untuk membuatkannya terbang dan menjadi super kuat.
  • Kelajuan Super Sonic
    Menambahkan kuasa graviti untuk terbang dengan lebih laju.
  • Tumbukan Padu
    Mengumpulkan kuasa graviti di tangan lalu melepaskan kuasa graviti dengan menumbuk musuhnya.
  • Tumbukan Super Padu
    Kuasa Tumbukan Padu yang dua kali ganda lebih kuat dan padu terutamanya semasa marah atau geram.
  • Tumbukan SuperSonik
    Menyerang musuh dengan kekuatan graviti yang melebihi kuasa serangan Tumbukan Padu.
  • Tumbukan Bertubi-Tubi
    Mengumpulkan kuasa graviti di tangan lalu di tumbuk musuhnya secara bertubi-tubi. Teknik ini membuat kemunculannya di dalam BoBoiBoy The Movie.
  • Tendangan Super Kuat
    Menendang objek dengan lebih kuat dan laju dengan menambahkan kuasa graviti pada kakinya.
  • Cakaran Laju
    Menumpukan kuasa graviti pada setiap jari untuk menyerang musuh dengan cakaran yang lebih kuat.
  • Kuasa Manipulasi Graviti
    Menjadikan sesuatu objek itu bertambah berat dengan menambahkan kuasa graviti ataupun menjadikan sesuatu objek itu bertambah ringan dengan mengurangkan kuasa gravitinya dalam diameter 50 meter.
  • Kuasa Pemberat Graviti
    Menggunakan kuasa graviti untuk menjadikan objek lebih berat dengan kuasa Manipulasi Graviti.
  • Bola Graviti
    Menghasilkan sfera graviti yang membolehkannya mengurung musuh dalam sfera tersebut dan memanipulasikannya sama ada meringankannya mahupun memberatkannya bagi menyeksa musuh. Teknik ini tidak akan batal selagi Yaya tidak membatalkannya.
  • Kuasa Angkatan Graviti

    Membelengu badan musuhnya dengan kuasa graviti dan menggunakannya untuk mengangkat musuh yang lebih berat daripadanya.
  • Mampatan Graviti Maksima
    Setelah mendapat tingkatan kuasa daripada Ochobot. Yaya menyelubungi musuhya dengan kuasa gravitinya lalu diangkat ke atas sebelum dihempaskan dengan kelajuan Maksimun ke arah tanah. Teknik ini juga membuat kemunculannya di dalam BoBoiBoy The Movie.

Fakta Menarik Tentang Watak Yaya

  • Yaya diberikan Jam Kuasa oleh Ochobot dengan kuasa asasnya ialah memanipulasi graviti.
  • Yaya amat suka membuat biskut tetapi biskut yang dibuatnya tidak sedap malah beracun!
  • Biskut yang dijual Yaya akan membuatkan sesiapa yang memakannya pengsan kerana diperbuat dari bahan yang pelik seperti rempah kurma, serai, daun jeruk, bawang dan sebagainya.
  • Pada Musim 1 Episod 11, Yaya membuat 100 paket biskut dengan resipi 30 paket tepung, 20 paket gula, 30 bar coklat, 5 ketul mentega, rempah kurma, serai, daun limau purut, cengkih, sebotol susu kambing, serbuk kunyit, kertas pasir dan bawang merah. Hehe.. Bolehlah siapa nak cuba resepi ni.
  • Yaya adalah seorang pelajar pintar dan menjawat jawatan sebagai ketua darjah dan Presiden semua kelab sekolah.

Rujukan: BoBoiBoy Wikia

Gambar dan Wallpaper Menarik Yaya

Yaya Ketua Pengawas Sekolah

Yaya Ketua Pengawas Sekolah

Happy Yaya Desktop Wallpaper

Happy Yaya Desktop Wallpaper

Yaya dalam BoBoiBoy

Yaya dalam BoBoiBoy

Gambar Yaya Lucu dan Comel

Gambar Yaya Lucu dan Comel

Button Badge Yaya

Button Badge Yaya

Rating Kuasa Yaya

Rating Kuasa Yaya

Yaya Action Figure 3D

Yaya Action Figure 3D

Yaya Action Figure 3D

Yaya Action Figure 3D

Yaya Transparent Image

Yaya Transparent Image

Aksi Yaya Animate

Aksi Yaya Animate


Carian Berkaitan

nama adik yaya, yaya boboiboy, Biodata yaya, boboiboy yaya

Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

More Posts - Website


Artikel Berkaitan

Tags: #biodata boboiboy

Biodata Luna Maya, Artis Cantik Serba Boleh Kebanggaan Indonesia
Luna Maya, satu jenama yang tidak asing lagi di arena seni hiburan Indonesia,
Biodata Jihan Muse, Ratu Parodi Malaysia
Jihan Muse. Ratu Parodi Malaysia. Itulah gelaran yang diberikan oleh para peminat terhadap
Biodata Radin, Penyampai Radio Popular Era.FM
Tuah menjuarai program Penyampai Top Malaysia (PTM) 2014, membuka lembaran baru buat jejaka
Biodata Ara AF2016, Penyanyi Lagu Warkah Untukku
Sejak menyertai program realiti Akademi Fantasia (AF) 2016, Ara atau nama lengkapnya Nurfarrah Izzatie Johari

Leave a reply "Kenali Watak Yaya dalam BoBoiBoy"