Langgan newsletter kami!
Night And Morning Erections For Men

Kenapa Adik Kecil Selalu Tegang Waktu Pagi?

Pernahkah anda bangun pagi dan merasa alat sulit anda menegang tanpa sebab? Bagi yang tinggal dengan keluarga dan adik-beradik perempuan, tentunya anda perlu menunggu sedikit waktu sebelum ke tandas supaya tak terlihat perkara yang memalukan anda. Anda sebenarnya tidak perlu risau kerana ketegangan zakar di waktu pagi ini yang dikenali sebagai Nocturnal Penile Tumescence (NPT) adalah perkara normal dan ia adalah ketegangan spontan zakar. Ia juga kadang kala berlaku di waktu malam.

Terdapat juga istilah lain yang digunakan untuk menggambarkan keadaan ereksi luar kawalan ini seperti ‘membina khemah di waktu pagi’, ‘adik bangun pagi’,’morning wood’ dan ‘morning steel’. Semuanya merujuk kepada fenomena zakar tegang ketika bangun pagi.

Jadi fenomena ini bukanlah menandakan sesuatu penyakit tetapi ia adalah petanda baik bahawa seorang lelaki itu mempunyai daya seksual yang sihat dan normal. Lelaki yang mengalami masalah mati pucuk atau dalam bahasa saintifik erectile dysfunction tidak akan mengalami ketegangan ini.

Punca berlaku ketegangan zakar NPT ini masih tidak dipastikan dengan jelas, namun saintis telah cuba mencari pelbagai teori yang menjadi penyebabnya. Antara teori yang dipetik dari Bancroft (2005) menerangkan bahawa ketegangan zakar akibat NPT adalah berpunca dari rangsangan saraf noradrenergic neuron yang terhenti ketika seorang lelaki mengalami tidur yang lena (REM sleep) dan seterusnya membenarkan rangsangan saraf diaktifkan oleh hormone testosterone.

Jadi jika anda tidak mengalami ketegangan zakar NPT ataupun semakin kurang mengalami ereksi zakar pada awal pagi, segeralah jalani pemeriksaan lanjut doktor. Berkemungkinan anda mempunyai masalah pada fungsi saraf serta aliran darah ke bahagian zakar dan sudah mula mengalami masalah mati pucuk ataupun ED. Ini diburukkan lagi jika anda juga merupakan pengidap penyakit kronik seperti penyakit tekanan darah tinggi, diabetes ataupun jantung.

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: