Khasiat Makanan Dengan Prebiotik

Prebiotics

Apabila bercerita tentang makanan, kebanyakan orang mementingkan rasa dan rupa makanan tersebut dan jarang memikirkan tentang khasiatnya. Tetapi, Tuhan telah menciptakan setiap perkara di dunia ini dengan tidak sia-sia termasuklah makanan. Selain menjadi sumber tenaga, makanan juga menjadi ubat kepada manusia. Kali ini, anda akan didedahkan dengan sejenis makanan iaitu serat prebiotik.

Apa Itu Prebiotik?

Prebiotik merupakan sejenis serat yang terkandung dalam makanan seperti bawang putih mentah. Ia merupakan makanan kepada bakteria baik di dalam usus manusia iaitu probiotik.

Prebiotik vs Probiotik

Bakteria probiotik di dalam usus merupakan asas kepada kesihatan penghadaman seseorang. Bakteria probiotik ini juga perlu makan dan makanan mereka merupakan serat prebiotik. Apabila bakteria probiotik memakan serat prebiotik, jumlah mereka bertambah menjadikan penghadaman seseorang menjadi lebih baik.

Diet yang tinggi serat prebiotik bermanfaat untuk:

  1. Tidur yang lebih berkualiti

    Kajian mendapati serat prebiotik dapat memperbaiki kualiti tidur bukan REM (rapid eye movement) dan REM selepas seseorang mengalami stress.
  2. Kesihatan otak dan psikologi yang lebih baik
    Apabila tidur seseorang lebih berkualiti, pertumbuhan otak dan perkembangan fungsi otak seseorang menjadi lebih optimum. Oleh itu, adalah penting untuk kanak-kanak diberikan serat prebiotik sejak awal lagi.
  3. Pengurangan kesan fisiologi daripada tekanan
    Kajian yang sama juga menyatakan kualiti tidur REM yang bertambah akan mengurangkan impak stress dan trauma terhadap seseorang yang mengalaminya.
  4. Mengurangkan risiko mendapat kanser kolorektal (usus besar)
    Serat prebiotik dapat mengelakkan ketumbuhan kolorektal dengan cara mengubah komposisi atau aktiviti bakteria pada organ tersebut.
  5. Meningkatkan penyerapan kalsium
    Pengambilan beberapa serat prebiotik setiap hari akan meningkatkan penyerapan kalsium serta menguatkan tulang kanak-kanak dan orang dewasa.
  6. Menambah rasa kenyang selepas makan
    Serat prebiotik juga dapat membuat seseorang berasa kenyang sekaligus boleh mengawal selera makan yang menyebabkan kegemukan.

Bukan itu sahaja, serat prebiotik juga mempunyai rasa yang enak. Mulai sekarang, anda boleh menambahkan asparagus, pisang, artichokes, jicama, dandelion, chicory, bijirin penuh dan bawang ke dalam diet anda dan keluarga.

Leen

Graduan Komunikasi dan Media Massa ini pernah menjadi jurukecantikan dan instruktur senaman. Sekarang seorang penulis bebas, harapannya adalah untuk mengajak orang ramai memperbaiki kesejahteraan diri.

More Posts - Website

Loading...
Apa Itu Autisme?
Maksud Autisme? Autisme didefinasikan sebagai kanak-kanak yang berada dalam dunianya sendiri atau menurut
Jenis-jenis Dadah Yang Perlu Anda Tahu
Definisi Dadah Dadah atau ‘drug’ dalam bahasa Inggeris lazimnya diertikan sebagai ubat-ubatan. Perkara
Resepi Roti Jala Yang Terbukti Sedap dan Tahan Lama
Roti Jala adalah masakan yang versatile dan menjadi kegemaran ramai terutamanya rakyat Malaysia,
Khasiat Sarang Burung (Bird’s Nest)
Sarang Burung Walit / Walet atau juga dipanggil Sarang Burung Layang-layang merupakan satu anugerah alam

Leave a reply "Khasiat Makanan Dengan Prebiotik"