Khasiat Sarang Burung (Bird’s Nest)

Gambar Sarang Burung Walet (Burung Layang Layang)

Sarang Burung Walit / Walet atau juga dipanggil Sarang Burung Layang-layang merupakan satu anugerah alam yang teristimewa di mana ia menyimpan 1001 khasiat yang dapat memberi manfaat kepada manusia di semua peringkat usia. Ia telah digunakan sejak beribu tahun dahulu di negara China sebagai satu sumber pemakanan kesihatan lengkap yang telah terbukti keberkesanannya.

Khasiat Sarang Burung Walit

Sejak dahulu lagi, khasiat sarang burung walit didapati mempunyai dua nilai pemakanan tinggi yang sangat unik dan aktif iaitu faktor stimulasi mikrogenik. Kedua-dua faktor itu membantu merangsang sel dan penghasilan semula struktur sel badan, serta dikatakan menjadi punca utama penghasilan kulit yang muda, lembut, licin dan halus.

Ia juga dipercayai mempunyai banyak khasiat lain khususnya dalam mengurangkan masalah kekeringan, menghasilkan tenaga dan menguatkan fungsi spleen perut, masalah berkaitan dengan paru-paru dan hati.

Selain itu, sarang burung ini digunakan untuk mengubati masalah penghadaman, tuberculosis, batuk dan phlegm-dyspnea (kesusahan bernafas), asma, hemoptysis (batuk berdarah), hematoma (penyakit berkaitan sel-sel darah), prolonged dysentery, demam malaria yang kronik, dysphagia (masalah menelan), lemah secara umum dan lain-lain lagi.

Sarang burung juga digunakan bagi batuk kering, batuk berdarah, muntah darah, berpeluh malam, masalah dada, dahaga dan lain-lain.

Khasiat Sarang Burung Untuk Ibu Hamil

Untuk wanita mengandung, sarang burung boleh diambil kerana ia mengandungi pelbagai khasiat khususnya untuk bayi dalam kandungan.

Menurut kajian Prof. Wang Bing, pakar akademik dari Jabatan Molekul dan Sains Hayat, Mikrobiologi, Pemakanan Manusia dari University of Sydney, Australia, sarang burung mengandungi asid sialik atau sialic acid (SA) yang merupakan sejenis karbohidrat berguna untuk peningkatan sel-sel otak dan membran sinaptik. Oleh yang demikian sarang burung penting untuk pertumbuhan bayi yang sihat.

Kesimpulannya, ibu-ibu mengandung mestilah memastikan bahawa mereka mengambil makanan yang mempunyai kandungan asid sialik yang tinggi. Mengikut kajian Jepun, sarang burung walit mempunyai kandungan asid sialik yang tinggi.

Kekerapan pengambilan sarang burung walit semasa hamil boleh menguatkan badan ibu dan janin kerana sarang burung walit kaya dengan protein dan boleh menggalakkan pertumbuhan tisu serta meningkatkan imuniti tubuh.

Jadi, ibu-ibu yang inginkan khasiat sarang burung, bolehlah beli pelbagai produk ‘bird’s nest‘ yang dijual di pasaraya dan farmasi bergantung kepada bajet masing-masing.

Cara Penggunaan Sarang Burung

Cara penggunaan bagi masalah kurus, kurang selera makan, masalah perut yang berpunca dari sakit yang berpanjangan ialah dengan cara merebus sarang burung dengan susu atau dengan pati ayam, atau jus daging.

Terdapat pelbagai cara lain juga untuk menyediakan masakan sarang burung ini dan ia bergantung kepada citarasa masing-masing. Cara yang biasa dilakukan ialah dengan merebus sarang burung ini sebanyak dua kali di dalam porcelain pot.

Pada awalnya rendamkan sarang burung di dalam air sejuk selama 5 hingga 6 jam kemudian tukar air sekali. Bersihkan bulu-bulu dan bahan-bahan lain yang terdapat pada sarang tersebut. Sejatkan bagi mengeringkannya. Rebus dengan kadar secawan air bagi setiap 20 gram dengan suhu panas yang sederhana selama 10 hingga 15 minit, kemudian tambahkan gula batu atau garam secukup rasa.

Gula batu ditambah bagi menambahkan lagi rasanya semasa sepuluh minit terakhir masakan tersebut. Sesetengah orang menambah daun pandan ataupun ginseng bagi menambahkan lagi rasanya. Cara masakan ini disyorkan bagi mereka yang telah melalui proses pemulihan terapi.

Sarang burung yang telah dikukus perlu dihidang semasa masih panas sebaik-baiknya menggunakan sudu porcelain. Waktu yang disyorkan adalah sebelum tidur dan semasa awal pagi bagi kesan yang maksimum.

Kajian Moden Berkenaan Sarang Burung

Sarang burung layang-layang mengandungi glycoprotein dengan bahan-bahan protein dan karbohidrat. Kandungannya termasuklah salivary mucin dengan high ash sebanyak 2.3 peratus. Ia mengandungi 10.8 peratus nitrogen yang pelbagai jenis.

Terdapat juga 15.4 peratus karbohidrat dengan phosphorus, asernate, sulphur, kalsium, lemak, zat besi, kalium, hexosamine, dan vitamin B1. Jumlah tenaga bagi 100 gram sarang burung ialah 345 kilocalories. Jumlah protein yang terdapat pada sarang burung ini ialah sebanyak 49.9 peratus.

Sarang burung telah disyorkan penggunaannya bagi menguatkan badan bagi melawan penyakit yang berkait dengan darah yang lemah atau badan yang panas, sejuk, selsema, batuk, asma dan lain-lain lagi. Penggunaan sarang burung juga disyorkan bagi melawan beberapa penyakit yang lain lagi seperti kanser dan untuk mengembalikan kesihatan
daripada selepas sakit atau pembedahan. Pengambilan sarang burung layang-layang yang kerap boleh memberikan seseorang itu kekuatan fizikal dan mental serta mengekalkan awet muda. Tonik daripada sarang burung ini juga digunakan bagi mengembalikan ketegangan kulit dan melambatkan proses penuaan.

Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

More Posts - Website

Loading...

Tags: #khasiat sarang burung #sarang burung walet

Apa Itu Autisme?
Maksud Autisme? Autisme didefinasikan sebagai kanak-kanak yang berada dalam dunianya sendiri atau menurut
Jenis-jenis Dadah Yang Perlu Anda Tahu
Definisi Dadah Dadah atau ‘drug’ dalam bahasa Inggeris lazimnya diertikan sebagai ubat-ubatan. Perkara
Khasiat Belimbing Buluh & Belimbing Tanah Merawat Darah Tinggi
Khasiat Belimbing Buluh Merawat Penyakit Darah Tinggi Tidak lama dulu ketika berkesempatan mengunjungi
Petua Mudah Untuk Kempiskan Perut
Setiap orang pasti mengimpikan untuk memiliki perut yang kempis. Namun bila kita kurang

Leave a reply "Khasiat Sarang Burung (Bird’s Nest)"