Langgan newsletter kami!
Kanak Kanak Perempuan Berdoa Kepada Allah

Koleksi Doa Harian (Dalam Jawi, Rumi & Terjemahan)

1. Doa Sebelum Makan

Bacaan Doa:

الَّلهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيمَا رَزَقْتَنَا، وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Bacaan Doa Dalam Rumi:

“Allahumma baarik lanaa fiimaa rozaqtanaa wa qina’azaabannar”

Makna & Terjemahan:

Ya Allah, berkatilah rezeki yang Engkau berikan kepada kami, dan peliharalah kami dari seksa api neraka.

2. Doa Selepas Makan

Bacaan Doa:

اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِيْنَ اَطْعَمَنَا وَسَقَانَا وَجَعَلَنَا مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ

Bacaan Doa Dalam Rumi:

“Alhamdu lillahhil-ladzi ath-amanaa wa saqaana waja’alanaa minal muslimiin”

Makna & Terjemahan:

Segala puji bagi Allah yang memberi kami makan dan minum serta menjadikan kami memeluk agama islam.

3. Doa Sebelum Tidur

Bacaan Doa:

بِاسْمِكَ اللَّهُمَّ أَحْيَا وَأموتُ

Bacaan Doa Dalam Rumi:

“Bismika Allaahumma ahyaa wa amuut”

Makna & Terjemahan:

Dengan menyebut nama-Mu, Ya Allah, aku hidup dan dengan menyebut Nama-Mu aku mati.

4. Doa Selepas Bangun Dari Tidur

Bacaan Doa:

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ

Bacaan Doa Dalam Rumi:

“Alhamdulillahil lazi ahyaana ba’da maa amaatana wa ilaihin nusyur”

Makna & Terjemahan:

Segala puji bagai Allah yang menghidupkan kami setelah dimatikan (yakni tidur) dan kepadaNya kami semua akan kembali.

5. Doa Masuk Tandas

Bacaan Doa

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْخُبُثِ وَالْخَبَائِثِ

Bacaan Doa Dalam Rumi

“Allahumma Inni A’uu zubika minal hubusi wal hobaiz”

Makna & Terjemahan:

Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada syaitan jantan dan syaitan betina.

6. Doa Keluar Tandas

Bacaan Doa

غُفْرَانَكَ

Bacaan Doa Dalam Rumi

Ghufraanaka

Makna & Terjemahan:

Aku memohon kepada-Mu (Allah) keampunan.

7. Doa Penerang Hati

Bacaan Doa

رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي
أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي

Bacaan Doa Dalam Rumi

“Robbisrohli sodri wayassirli
amri wahlul uqdatam millisani yafqohu qouli”

Makna & Terjemahan:

Wahai Tuhanku! Lapangkanlah bagiku dadaku dan mudahkanlah bagiku urusanku dan bukalah simpulan dari lidahku supaya mereka faham ucapanku.

8. Doa Menaiki Kenderaan

Bacaan Doa

سُبْحَانَ الَّذِى سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ، وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُونَ

Bacaan Doa Dalam Rumi

” Subhanallazi Sahharolana Haza Wama Kunnalahu Mukrinin, Wa Inna Ila Rabbina Lamunqolibuun..”

Makna & Terjemahan:

Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali.
(Az-Zukhruf : 13-14)

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: