Koleksi Teka-Teki Lawak Sampai Pecah Perut

Trollface Minimalism Meme

Teka-teki: Dalam banyak-banyak tali, tali apa paling panjang?
Jawapan: ITALI
Teka-teki: Lubang apa yang rasanye hangat, nikmat dan nyaman?
Jawapan: LUBANGun pagi-pagi, tarik selimut dan sambung tidur
Teka-teki: Binatang apa namanya ada 3 suku kata.
(Contoh 2 suku kata: kura-kura dan labi-labi)
Jawapan: Labah-labah La Bah (Sebut dalam dialek Sabah bah)
Teka-teki: Minyak apa yang disukai oleh lelaki?
Jawapan: MINYAKsikan pertandingan bolasepak Liga Super dan EPL
Teka-teki: Binatang paling pandai Karate?
Jawapan: Kuda belang.cube kira brape black belt dia ade.
Teka-teki: Dalam banyak-banyak pintu, pintu apa yang 10 orang tolak pun tak boleh buka?
Jawapan: Pintu yang ada tulis ‘TARIK’
Teka-teki: Binatang apa yang seluruh anggota tubuhnya kat kepala?
Jawapan: Kutu rambut
Teka-teki: Nenek siapa yang jalannya meloncat-loncat?
Jawapan: Neneknya si katak
Teka-teki: Ape beza antara sekretari baik dengan sekretari kurang baik?
Jawapan: Sekretari baik.. ‘Selamat pagi tuan’
Sekretari kurang baik.. ‘Dah pagi ni tuan’ (ops!)
Teka-teki: Tukang apa yang kalau dipanggil, dia menjenguk ke atas?
Jawapan: Tukang gali kubur
Teka-teki: Nak mencari memang susah, tapi bila dah dapat dibuang saja, apa bendanya?
Jawapan: Tahi hidung
Teka-teki: Gajah terbang dengan apa?
Jawapan: Dengan susah payah
Teka-teki: Dalam banyak-banyak binatang, binatang apa paling malas dan selekeh?
Jawapan: Singa jantan. Sebab dia malas cukur misai sampai tebal satu muka
Teka-teki: Dalam banyak-banyak pokok, pokok apa yang paling tinggi?
Jawapan: Pokok atas gunung
Teka-teki: Dalam banyak-banyak surat, surat apa yang tak perlu dijawab?
Jawapan: SURATan takdir
Teka-teki: Siapakah orang yang paling layak digelar “keras kepala”?
Jawapan: Mat Rempit yang bawa motor tak pakai helmet (bahaya!)

Carian Berkaitan
lawak te, lawak teka teki pecah perut, teka teki, Teka teki paling lawak sampai pecah perut

Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

More Posts - Website

Loading...
Tafsir Mimpi Mengandung
Mimpi adalah mainan tidur. Tapi mimpi juga boleh menjadi alamat seseorang itu mendapat
Ke Banda Aceh Dengan Traveloka
Apa khabar korang? Kali ini, aku nak cerita tentang percutian aku dan kawan
Dota 2 Ialah Game Paling Popular Di Dunia
Pengaruh Dota Setiap genre computer games pasti mempunyai peminatnya yang tersendiri. Begitu juga
Tips Bercuti dan Melancong Ke Maldives
Kepulauan Maldives merupakan destinasi percutian idaman bagi ramai orang. Alhamdulillah saya sudah sampai

Leave a reply "Koleksi Teka-Teki Lawak Sampai Pecah Perut"