Langgan newsletter kami!
Logo Belanjawan 2020

Live Streaming Pembentangan Belanjawan 2020 Malaysia

Belanjawan 2020 ialah bajet ke-2 di bawah kerajaan baharu Pakatan Harapan. Intipati belanjawan ini sangat dinantikan oleh seluruh rakyat Malaysia dan akan dibentangkan di Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia pada 11 Oktober 2019 oleh Menteri Kewangan Malaysia, Lim Guan Eng. Menurut beliau, Kementerian Kewangan sudah menjalankan 12 konsultasi kumpulan fokus di pelbagai lokasi di seluruh negara.

Antara kandungan yang ditunggu-tunggu ialah bagaimana usaha kerajaan dalam menangani kos sara hidup rakyat pada masa kini meliputi aspek perumahan, makanan, pengangkutan dan kesihatan serta perubatan.

Bagi golongan belia pula, mereka mahu kerajaan memudahcarakan peluang pekerjaan Latihan Teknikal dan Vokasional Malaysia (TVET), menyediakan insentif untuk pelatih dan perantis membina peluang menimba pengalaman bekerja serta penambahbaikan program pembangunan kemahiran dan insan.

Pada tahun lalu, Belanjawan 2019 memperuntukkan RM259.8 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan RM54.7 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.

Live Streaming (Siaran Langsung) Pembentangan Belanjawan 2020

Pembentangan ini akan bersiaran secara langsung di seluruh stesen penyiaran awam dan berbayar di Malaysia seawal jam 3.00 petang, Jumaat. Kebanyakan saluran akan bermula dengan segmen perbincangan belanjawan 2020 terlebih dahulu dan seterusnya ke acara sebenar.
[infobox style=”alert-success”]

Info Pembentangan Belanjawan 2020
  • Tarikh: 11 Oktober 2019 (Jumaat)
  • Masa: 4.00 petang
  • Tempat: Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia
  • Siaran Langsung: Bersiaran Live Di Semua Stesen Penyiaran Awam Dan Berbayar (TV dan Radio) Di Malaysia
  • Live Streaming: MyKlik RTM[/infobox]

Selain itu, pembentangan ini juga akan disiarkan secara langsung menerusi saluran media sosial rasmi Kementerian Kewangan di laman Facebook serta Twitter.

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: