Langgan newsletter kami!
KWAP

Maklumat Kebajikan Pesara Kerajaan Oleh Kumpulan Wang Persaraan (KWAP)

Pejabat baru Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) adalah di Cyberjaya, Selangor.

Diberitahu oleh Pegawai KWAP bahawa semua urusan kebajikan pesara dan kemudahan pesara diuruskan oleh Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) di pejabat baru ini KECUALI kelulusan persaraan mesti diluluskan di Pejabat Putrajaya.

Segala urusan pesara kerajaan diuruskan olehnya di alamat dibawah:

Kumpulan Wang Persaraan (KWAP)
Jabatan Perkhidmatan Persaraan
Aras 2, Sky Tech Towe 2,
MKN Embassy Techzone,
Jln Teknokrat 2, Cyber 4,
63000 Cyberjaya, Selangor

Perkhidmatan oleh Kumpulan Wang Persaraan (KWAP)

Perkhidmatan yang ditawarkan adalah:

1. Cetakan

  • Kad Pesara (Gantian)
  • Cetakan Penyata Pencen
  • Surat Pengesahan Pesara / Balu / Anak cacat
  • Surat Kelulusan Faedah Persaraan

2. Pembaharuan / Perlantikan Wakil Diri

  • Skim A (Bayaran EFT )
  • Skim B (Tuntutan di Kaunter Bank)

3. Pertukaran Akaun Bank (jika perlu sahaja)

4. Permohonan Pencen Terbitan

  • Balu / Duda
  • Anak IPT
  • Anak Cacat

5. Kemaskini

  • Maklumat Pesara
  • Alamat dan No. Telefon
  • Kematian
  • Penceraian
  • Tanggungan

6. Semakan Maklumat Bayaran

  • Kadar Pencen Semasa
  • Hitung semula (Buat Pelarasan)
  • Bantuan Pengurusan Jenazah
  • Baki Pencen

7. Perubatan

  • Permohonan Pembiayaan Hemodialisis
  • Permohonan Pembiayaan Peralatan Perubatan
  • Tuntutan Bayaran Balik Rawatan / Ubat
  • Tuntutan Perjalanan

8. Serahan Dukumen dari Agensi

Jika anda mempunyai pertanyaan atau ada kemusykilan boleh hubungi KWAP mengikut saluran di bawah:

Tempat letak kereta khas juga disediakan untuk Pesara yang hadir di sana.

Kepada pesara jika ada kesempatan sesekali pergilah melawat ke sana.

Mesej khidmat kebajikan kepada Pesara PDRM dan Pesara JPA.

Berkongsi Ilmu apa yang kita demi kebajikan semua.

Beritahulah sahabat dan rakan-rakan dengan hasrat pesara tahu hak dan keistimewaan mereka diberikan oleh Kerajaan Malaysia yang sentiasa menjaga kebajikan pesara kerajaan.

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: