Langgan newsletter kami!
Gambar Bangunan Kementerian Kewangan Malaysia

Maksud Fi Perkhidmatan

Jika anda pernah berurusan dengan jabatan kerajaan atau firma swasta, pasti anda pernah lihat terma “Fi Perkhidmatan“. Apakah yang dimaksudkan dengan terma tersebut?

Definisi Fi

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Fi (في) adalah huruf ke-21 dalam abjad Yunani. Fi bermaksud bayaran, yuran atau caj yang dikenakan bagi sesuatu perkhidmatan atau nasihat profesional. Contohnya adalah dalam khidmat guaman dan perancangan. Jadi Fi Perkhidmatan dapat disimpulkan sebagai bayaran untuk sesuatu khidmat yang digunakan.

Istilah Fi dieja dalam bahasa Melayu untuk Fee. Padanan istilah fee dalam bahasa Melayu bergantung pada konteks dan bidang penggunaannya. Dalam bidang undang-undang, padanan fee dalam bahasa Melayu ialah fi. Untuk konteks umum, padanan fee dalam bahasa Melayu ialah bayaran atau yuran.

Berikut adalah contoh Fi Perkhidmatan dalam Sistem ePerolehan yang digunakan untuk urusan sebutharga dan tender kerajaan.

Syarikat/Firma/Koperasi/Pemilikan Tunggal hendaklah mengambil perhatian bahawa setiap transaksi melalui Sistem ePerolehan akan dikenakan fi perkhidmatan sebanyak 0.8% (kosong perpuluhan lapan peratus) mengikut setiap nilai invois yang dikemukakan kepada Kerajaan tertakluk kepada had maksimum RM 9,600.00 (Ringgit Malaysia: Sembilan Ribu dan Enam Ratus) bagi invois yang bernilai RM 1.2 juta (Ringgit Malaysia: Satu Juta Dua Ratus Ribu) atau lebih.

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: