Langgan newsletter kami!
Ekonomi Malaysia

Maksud Kumpulan Pendapatan B40, M40 dan T20

Takrifan isi rumah mengikut kumpulan pendapatan yang diguna pakai di Malaysia terbahagi kepada tiga iaitu kumpulan isi rumah berpendapatan 20% tertinggi, pertengahan 40% dan terendah 40%. Perlu diingat ini adalah pendapatan isi rumah, dan bukan gaji individu.

Berdasarkan kepada Penyiasatan Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah (HIES) 2014, kumpulan tersebut ditakrifkan seperti berikut;

Kumpulan T20

  • Kumpulan isi rumah berpendapatan 20% tertinggi (T20).
  • Merujuk kepada isi rumah yang berpendapatan tinggi dengan purata bulanan RM8,319.00 dan ke atas.

Kumpulan M40

  • Kumpulan isi rumah berpendapatan 40% pertengahan (M40).
  • Merujuk kepada isi rumah yang berpendapatan sederhana dengan purata bulanan di antara RM3,860.00 hingga RM8,319.00.

Kumpulan B40

  • Kumpulan isi rumah berpendapatan 40% terendah (B40).
  • Merujuk kepada isi rumah yang berpendapatan rendah dengan purata bulanan di bawah RM3,860.00.
  • Kumpulan isi rumah B40 juga merangkumi isi rumah miskin yang berpendapatan bulanan kurang daripada pendapatan garis kemiskinan (PGK). Nilai PGK nasional sekarang adalah RM950.00 sebulan.

Berikut adalah petikan jawapan parlimen YB Senator Dato’ Sri Abdul Wahid Omar (Mantan Menteri JPM) tentang pecahan B40, M40 dan T20.

Pendapatan Purata Rakyat Malaysia

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: