Maksud La Tahzan dan Doa Ketika Sedih

Sad Man Picture

Maksud La Tahzan

Pernahkah anda terdengar seseorang menyebut kalimat “La Tahzan, Innallaha Ma’ana“. Apakah makna kalimat tersebut? La Tahzan, Innallaha Ma’ana adalah kalimah yang berasal dari bahasa Arab yang membawa maksud ““Jangan bersedih sesungguhnya Allah bersama kita”.

Kalimah ini sebenarnya berasal dari Al-Qur’an di dalam Surah At-Taubah ayat 40. Dalam pengertian kalimat tersebut dapat disimpulkan bahawa Allah SWT tidak menuntut kita untuk bersedih dalam pelbagai masalah kehidupan duniawi kerana sesungguhnya Allah itu ada untuk kita.

Lawak Lazada

Selingan: Lawak Lazada 🙂

Doa Ketika Sedih

Doa penghilang kesedihan adalah begitu penting untuk kita amalkan dikala dilanda pelbagai masalah duniawi. Ia cukup berguna untuk menjernihkan hati sedih kerana dilanda masalah putus cinta, ditinggalkan orang tersayang atau juga sebab masalah desakan hidup yang berturut-turut sehingga menggugat semangat yang ada di dalam hati.

Bacalah doa di bawah untuk melegakan kegelisahan dan kesedihan yang melanda diri.

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ الْعَظِيمُ الْحَلِيمُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ
رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَرَبُّ الْأَرْضِ وَرَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيمِ

 

Bacaan Dalam Rumi
Laa ilaha ilallaahul ’azhiimul haliimu laa ilaaha ilallahu rabuul ’arsyil ’azhiim, laa ilaaha ilallaahu rabbussamaa waati wa rabbul ardhi wa rabbal arsyil kariim

Maksud
“Tiada tuhan melainkan Allah Yang Maha Besar lagi Maha penyantun. Tiada tuhan melainkan Allah Pengatur ‘Arsy Besar. Tiada tuhan melainkan Allah Pengatur langit, Pengatur bumi dan Pengatur ‘Arasy mulia.” (H.R. Bukhari-Muslim)

Jika kesedihan itu adalah berkaitan dengan hutang-hutang yang susah tidak terbayar, boleh baca doa seperti di bawah.

اللهم إني أعوذبك من الهم والحزن, و أعوذبك من العجز والكسل
وأعوذبك من الجبن والبخل وأعوذبك من غلبة الدين وقهر الرجال

 

Bacaan Dalam Rumi
Allahumma inni a’uudzubika minal hammi wal hazan, wa a’uudzubika minal ‘ajiz wal kasali, wa a’uudzubika minal jubni wal bukhli wa a’uudzubika min ghalabatid dayni wa qahrir rajali

 

Maksud
“Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari rasa susah dan duka, dan aku berlindung kepada-Mu dari sifat lemah dan malas, dan aku berlindung kepada-Mu dari sifat pengecut dan kikir, serta aku berlindung kepada-Mu dari hutang yang tak terbayar dan dari belenggu orang lain.” (H.R. Abu Umamah dan Abu Sa’id)


Carian Berkaitan
maksud la tahzan, doa ketika sedih, la tahzan maksud, Erti innallah

Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

More Posts - Website

Loading...

Tags: #doa sedih

Maksud Kata Percakapan Ringkas Dalam Bahasa Arab
Bismillah, berikut ini adalah istilah-istilah singkat yang biasa digunakan oleh para penuntut ilmu
Maksud Perkataan Akhi, Ukhti, Ikhwan dan Akhwat
Pernahkah anda terdengar atau terbaca perkataan seperti Ikhwan, Akhwat, Ukhti, Akhi dalam percakapan
Panduan Lengkap Solat Tahajjud
Apa Itu Solat Tahajjud Solat sunat tahajud atau sembahyang tahajud dikenali sebagai solat
2 Doa Yang Paling Kerap Dibaca Oleh Nabi Muhammad SAW
Doa adalah satu ibadah menzahirkan keberhajatan seseorang hamba kepada Allah SWT. Ia juga

Leave a reply "Maksud La Tahzan dan Doa Ketika Sedih"