Maksud Perkataan Akhi, Ukhti, Ikhwan dan Akhwat

Islamic Wallpaper Gambar Masjid

Pernahkah anda terdengar atau terbaca perkataan seperti Ikhwan, Akhwat, Ukhti, Akhi dalam percakapan dan tulisan di media sosial? Pasti anda tertanya-tanya apakah erti dan maksud kata-kata tersebut. Bagaimana pula cara penggunaannya?

Akhi
Bermaksud saudaraku. Ia adalah panggilan untuk saudara lelaki.

Ukhti
Bermaksud saudariku. Ia adalah panggilan untuk saudari perempuan.

Ikhwan (jamak)
Bermaksud sama seperti akhi. Cuma perkataan ikhwan digunakan untuk lelaki dalam bentuk jamak (lebih dari seorang).

Akhwat (jamak)
Bermaksud sama seperti ukhti. Cuma perkataan akhwat digunakan untuk perempuan dalam bentuk jamak (lebih dari seorang).

Berikut adalah perkataan-perkataan yang menggambarkan antara lelaki dan perempuan.

  • Antum: kamu (jamak)
  • Ikhwah fillah: saudara sekalian
  • Afwan: maaf
  • Tafaddhol: silakan
  • Jazakumullahu khair: terima kasih banyak
  • Anta: kamu, seorang [lelaki]
  • Antuma: kamu, dua orang [lelaki]
  • Antum: kamu, ramai [lelaki]
  • Anti: kamu, [perempuan]
  • Antuma: kamu, dua orang [perempuan]
  • Antukanna: kamu, [perempuan]
  • Ana: saya
  • Nahnu: kami

Contoh penggunaan.

  • Kaifa haluka: Apa khabar? (lelaki: seorang)
  • Kaifa haluki: Apa khabar? (perempuan: tunggal)
  • Kaifa halukuma: Apa khabar? (lelaki/perempuan: dua orang)
  • Kaifa halukum: Apa khabar? (lelaki: ramai)
  • Kaifa halukunna: Apa khabar? (perempuan: ramai)

Semoga bermanfaat.

Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

More Posts - Website

Loading...
Maksud Kata Percakapan Ringkas Dalam Bahasa Arab
Bismillah, berikut ini adalah istilah-istilah singkat yang biasa digunakan oleh para penuntut ilmu
Panduan Lengkap Solat Tahajjud
Apa Itu Solat Tahajjud Solat sunat tahajud atau sembahyang tahajud dikenali sebagai solat
2 Doa Yang Paling Kerap Dibaca Oleh Nabi Muhammad SAW
Doa adalah satu ibadah menzahirkan keberhajatan seseorang hamba kepada Allah SWT. Ia juga
Doa Majlis Pertunangan
Bertunang adalah adat masyarakat Melayu di Malaysia. Konsep pertunangan yang diamalkan oleh masyarakat Melayu

Leave a reply "Maksud Perkataan Akhi, Ukhti, Ikhwan dan Akhwat"