Langgan newsletter kami!
Maksud Pre Auth Debit

Maksud Pre-Auth Debit dan Sale Debit (Maybank, CIMB dan Lain-lain)

Pernahkah anda ternampak transaksi “Pre-Auth Debit” dalam penyata akaun bank anda? Tentunya anda tertanya-tanya apakah maksud transaksi Pre-Auth Debit. Takut juga kalau ada transaksi yang kita tidak tahu atau tidak pernah buat.

Contoh: Anda bayar untuk petrol di Petronas menggunakan debit card. Kemudian Maybank akan tolak RM200 daripada akaun anda. Ada juga yang kena tolak RM100 atau lain-lain amaun seperti yang terjadi pada saya sendiri (seperti gambar di bawah). Rasanya selepas saya buat transaksi beli barang di Shopee.

Paparan Pre Ath Debit

Maksud Pre-Auth Debit dan Sale Debit

Saya ke Facebook Maybank sendiri untuk mencari jawapan dan berikut adalah petikan yang telah menjawab segala persoalan saya.

Preauth Maybank

[infobox style=”alert-success”]Pre-Auth Debit is a procedure where system will automatically pre-book on amount depending on merchant (e.g RM100 to 200 for petrol stations). Pre-Auth Refund will automatically credited back to your account between 3-5 days for Petrol and maximum 15 days for Hotel. You may check the actual amount deducted in your account which described as Sale Debit.[/infobox]

Jadi dapat disimpulkan bahawa, Pre-Auth Debit ini adalah prosidur bank yang mana bank akan secara automatik pegang atau tolak duit dalam akaun kita bergantung kepada jenis perkhidmatan/kedai yang kita berurusan (Contohnya: RM100 hingga RM200 untuk stesen minyak).

Bayaran balik Pre-Auth ini akan dibuat secara automatik kembali ke akaun anda di antara 3-5 hari untuk Petrol dan maksimum 15 hari untuk Hotel. Lain-lain perkhidmatan mungkin berbeza tarikh bayaran balik atau ‘refund’ dia. Jumlah sebenar yang ditolak akan dicatatkan sebagai ‘Sale Debit’.

Sale Debit‘ bermaksud transaksi yang dilakukan adalah melalui kad debit bagi pembayaran sama ada melalui kaunter bayaran atau secara atas talian (online). Anda boleh melakukan semakan terperinci maklumat transaksi tersebut selepas tempoh 24 jam dari tarikh transaksi melalui Maybank2U di bahagian ‘Debit Card History’ (jika guna Maybank).

Jadi kita tak perlu risau. Sebenarnya akaun bank kita bukan kena hack atau digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab. Semua baik-baik sahaja.

Dulu blur kini clear. Semoga bermanfaat.

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

6 comments

  1. nak tanya , kalau sale debit tu dia terus tolak amd tk dapat refund ke ? and macam mana ya cara nak cancel semua tu ?

  2. nak tanya. macam mna cara nak batalkan sale debit ni

    • Assalamualaikum, bro habis macam kawan ni dua kali dalam satu hari nk jdi ape e.mcm mne nk settle bnda ni.Orang nak guna duit jadi tersangkut sebab masalah ni.

  3. MUHAMMAD SYAZWAN JAFNI BIN AHMAD JOHARI

    Hai Saya ada cuba guna kad tetapi saya tidak perasan kad hanya untuk Ron 97 sahaja dan RM 200 sudah ditolak dari akaun saya…adakah saya akan dapat semula duit itu

  4. Salam..saya nak tanya samada duit yg mereka tolak tu akan dikembalikan atau tidak…sebab sudah lebih 15 hari duit tu masih belum dikembalikan

  5. hi there,

    do you know the EDC machine which has pre auth system?

    Thank you

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: