Maksud Quit Rent Bagi Pemilik Rumah

Rumah Apartment Cantik

Apakah Quit Rent

Bagi pembeli rumah apartment, kondominium dan seumpama dengannya, pasti akan pernah nampak bil tertulis ‘quit rent’. Jadi apakah yang dimaksudkan dengan ‘Quit Rent‘? Dalam erti kata yang mudah ‘quit rent’ adalah Cukai Tanah.

Cukai Tanah ditafsirkan sebagai cukai sewa di bawah Seksyen 5 Kanun Tanah Negara 1995 iaitu apa-apa jumlah wang tahunan yang perlu dibayar kepada Pihak Berkuasa Negeri (PBN). Pembayaran ini perlu dilakukan di Pejabat Tanah daerah yang terlibat. Adalah menjadi tanggungjawab setiap pemilik tanah (atau wakil pihaknya) untuk membayar cukai tanah kepada PBN tanpa perlu menunggu makluman melalui Bil Hasil Tanah.

Untuk penjelasan lanjut tentang cukai tanah, anda boleh rujuk artikel ini.

Sejarah Quit Rent

Kenapa ia dipanggil ‘quit rent’? Kenapa tak guna guna istilah yang lebih mudah difahami? Panjang pula ceritanya kalau kita nak tahu asal usul sejarahnya.

Pada zaman feudal Eropah, raja-raja dan golongan bangsawan akan mengambil alih tanah-tanah di bawah jajahan mereka dan penduduk-penduduk yang mendiami tanah-tanah tersebut dibenarkan untuk mengusahakannya dengan syarat hasil pertanian daripada tanah-tanah tersebut perlu dibahagikan dengan raja-raja/golongan bangsawan tersebut sebagai satu bentuk cukai.

 

Bukan sahaja mereka (penduduk-penduduk) ini perlu membayar cukai hasil pertanian itu, mereka juga berhutang kesetiaan dengan golongan feudal ini sehingga ke peringkat mereka diwajibkan untuk turun berperang bagi pihak tuan tanah yang sedang berbalah dengan golongan feudal yang lain. Ianya merupakan satu bentuk perhambaan di Eropah pada zaman itu.

 

Namun begitu, penduduk-penduduk ini dibenarkan untuk “quit” (membebaskan diri dan tanah mereka) daripada penguasaan tuan-tuan mereka dengan syarat mereka perlu membayar sejumlah wang yang nilainya sangat besar. Wang ini lah yang dipanggil “quit rent”.

 

Tetapi disebabkan oleh faktor kemiskinan yang disebabkan cukai yang tinggi, jarang ada penduduk-penduduk yang berkemampuan untuk menjelaskan “quit rent” ini. Maka kekallah mereka berada di bawah kekuasaan golongan bangsawan ini sepanjang hayat.

 

Pada hari ini, amalan sebegini sudah tidak lagi wujud. Istilah “quit rent” yang digunapakai pada masa sekarang adalah merujuk kepada bayaran yang dikenakan oleh kerajaan (negeri) kepada semua pemilik hartanah.


Carian Berkaitan
apa itu quit rent

Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

More Posts - Website

Loading...
Apa Itu Cornice?
Maksud Cornice Jika anda baru sahaja membeli rumah atau membina rumah sendiri, tentu
Kelebihan Pinjaman Perumahan Kerajaan LPPSA. Ramai Penjawat Awam Tak Tahu!
Memandangkan agak ramai kawan-kawan yang bekerja di sektor kerajaan dan masih ramai juga
Idea Dekorasi Rak TV Yang Cantik dan Moden
Dekorasi Rak TV Cantik. Hampir semua rumah mempunyai televisyen atau TV yang biasanya
Cara Mohon Rumah Mampu Milik Untuk Rakyat Terengganu
Rumah Mampu Milik (RMM) dan Rumah Pangsa Mampu Milik (RPMM) adalah antara inisiatif kerajaan
  1. author

    Mubi2 months ago

    Bolehkan berlaku bayaran quit rent ini diminta oleh pihak pemaju, atau dalam erti kata lain bayaran quit rent ini dibayar kepada pemaji bukannya PBT.

    Reply

Leave a reply "Maksud Quit Rent Bagi Pemilik Rumah"