Langgan newsletter kami!
Gambar PosLaju

Maksud Setiap Status Tracking PosLaju

Setiap parcel atau barang yang dihantar akan melalui pelbagai fasa sebelum selamat tiba di tangan penerima. Di Poslaju Malaysia, setiap bungkusan yang dihantar akan diasingkan terlebih dahulu sebelum dibawa ke Poslaju Parcel Hub mengikut lokasi penerima. Poslaju Parcel Hub ialah pusat agihan yang akan menghantar parcel itu mengikut alamat yang tertulis.

Sekiranya anda menggunakan perkhidmatan tracking Poslaju, pasti ada istilah yang dipaparkan untuk setiap status penghantaran tersebut. Tambahan lagi, status parcel atau barang yang dihantar akan menunjukkan status yang berbeza dari semasa ke semasa.

Mungkin ramai di antara kita yang tidak faham sepenuhnya akan maksud status tracking Poslaju tersebut. Berikut adalah penjelasan terperinci tentang maksud setiap status tracking yang dipaparkan di laman tracking Poslaju.

Contoh Tracking Poslaju

Status Tracking PosLaju

1. Item Posted Over The Counter

Barangan yang dihantar baru sahaja diterima oleh pejabat pos dan barcode anda baru sahaja diimbas.

2. Consignment received and processed from posting at Post Offices

Penyerahan (Consignment) telah diproses di Pejabat Pos. Ini bermakna data penghantaran sudah tersedia dari Pejabat Pos. Apabila sampai di Poslaju (Parcel Hub Poslaju) yang paling dekat dengan rumah anda nanti, bolehlah terus parcel dihantar keluar.

3. Item dispatched out

Parcel telah dihantar keluar dari pejabat Poslaju.

4. Item processed

Parcel sedang diproses di bahagian Pejabat Pos atau Parcel Hub Poslaju. Pembahagian mengikut lokasi poskod sedang dilakukan agar proses penghantaran menjadi lebih mudah dan cepat.

5. Consignment dispatch out from Transit Office

Parcel telah keluar dari pejabat transit dan dihantar ke pejabat pos berdekatan dengan anda.

6. Arrive at delivery facility

Parcel telah tiba di pejabat pos yang terdekat dengan alamat anda.

7. Item out for delivery

Poslaju kini sedang menghantar parcel ke alamat penghantaran anda. Sila pastikan alamat yang diberi adalah tepat agar Poslaju dapat mencari lokasi dan menghantar parcel anda secara efisyen. Pastikan juga ada orang menunggu di rumah untuk menerima parcel kerana jika tidak, parcel anda akan dipulangkan semula ke pejabat pos terdekat.

8. Item can be collected at

Parcel anda boleh diambil di Pejabat Poslaju tertera. Hal ini berlaku kerana Poslaju tidak dapat menghantarnya kepada anda disebabkan beberapa faktor. Antaranya ialah sewaktu penghantaran dibuat, tiada penerima di rumah. Poslaju akan meninggalkan nota yang mengandungi maklumat serahan. Parcel seterusnya terpaksa dihantar semula ke pejabat pos yang terdekat untuk penyimpanan dan ia perlu dituntut sendiri oleh penerima.

9. Item delivered to (Name)

Tahniah, parcel anda telah selamat sampai ke tangan (nama penerima) yang tertera pada parcel berkenaan.

10. Unsuccessful delivery. Please contact 1 300 300 300. Addressee not available.

Parcel anda tidak dapat sampai ke tangan anda. Mungkin tiada orang di rumah untuk menerima parcel atau tidak menyedari kedatangan Poslaju sewaktu penghantaran dibuat. Anda dinasihatkan untuk membawa nota yang ditinggalkan pihak penghantar untuk menuntut barang di pejabat pos terdekat. Anda juga boleh hubungi pejabat Poslaju untuk mendapatkan keterangan lanjut tentang langkah seterusnya.

11. Item posted after cut off time

Parcel akan diproses pada hari bekerja berikutnya.

12. Item delivered to mail drop

Parcel telah dimasukkan ke dalam peti surat.

13. Direct delivery to ezibox

Parcel boleh dituntut melalui Ezibox iaitu satu peti simpanan barang yang diletakkan di beberapa lokasi terpilih seluruh negara. Perkhidmatan ezibox ini adalah percuma dan kebanyakannya dibuka 24 jam sehari. Untuk maklumat lanjut tentang ezibox, boleh rujuk artikel sebelum ini.

14. Item held by Customs Awaiting presentation to customs commisioner

Parcel anda berada di pejabat kastam dan sedang menunggu pengesahan dari pegawai kastam.

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

One comment

  1. hi, apa pula maksud ‘item picked up’?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: