Langgan newsletter kami!
Lulur Dan Skrub Badan

Melulur Untuk Kecantikan Kulit

Pernahkah anda mendengar perkataan lulur? Lulur merupakan perkataan Jawa yang bermaksud salutan kulit. Rawatan kecantikan ini menyaluti kulit badan dengan bahan-bahan semula jadi seperti beras dan kunyit. Seperti skrub, tujuan lulur adalah untuk membuang sel kulit mati dan daki pada badan untuk mendapatkan kulit yang lebih putih, bersih, cerah dan lembut.

Bagi masyarakat Melayu, amalan melulur ini dilakukan sebelum seseorang wanita berkahwin namun terdapat banyak pusat kecantikan dan spa yang menawarkan perkhidmatan rawatan lulur menjadikannya rutin yang kerap dilakukan oleh wanita yang peka terhadap penjagaan kulit badan. Malah, terdapat banyak pengusaha kecantikan yang menjual lulur untuk digunakan sendiri di rumah. Jadi setiap wanita boleh mendapatkan kulit yang halus dan gebu dengan syarat rajin melulur!

Terdapat beberapa jenis lulur di pasaran untuk anda pilih dan cara penggunaannya juga berbeza untuk setiap jenis lulur. Ikuti panduan ini:

Jenis Lulur

Lulur serbuk

Lulur dalam bentuk serbuk ini perlu dicampurkan dengan air sehingga menjadi pekat. Kemudian, dalam keadaan kulit yang lembap, sapukan lulur ke seluruh badan sambil menggosok dalam arah membulat. Tunggu sehingga kering dan bilas. Lulur ini bagus kerana sepenuhnya semula jadi namun ia mungkin membuat kulit anda kelihatan kuning sedikit untuk sehari.

Lulur kocok


Lulur di dalam botol ini sudah mengandungi air jadi anda hanya perlu menggoncangkannnya untuk disapukan ke kulit badan yang dalam keadaan kering. Tunggu sehingga ia kering kemudian gosokkan ia sehingga jatuh dari badan bersama kekotoran. Lulur ini juga mungkin mengandungi kunyit yang menjadikan kulit anda sedikit kuning.

Lulur mandi


Lulur mandi ini lebih dikenali sebagai skrub mandian jadi ia digunakan pada kulit yang basah menggantikan sabun biasa. Ia sesuai untuk mereka yang mahukan cara mudah untuk melulur namun kesannya agak sedikit kurang berbanding lulur serbuk dan kocok.

Lulur krim

Lulur yang tidak mengandungi butiran skrub ini sudah jarang didapati di pasaran, namun ianya sangat memuaskan untuk digunakan kerana lulur tersebut dapat dilihat bertukar menjadi gelap setelah digosokkan ke badan yang kering menandakan kekotoran telah ditanggalkan.

Lulur jenis manakah yang menjadi pilihan anda?

Print Friendly, PDF & Email

About Leen

Graduan Komunikasi dan Media Massa ini pernah menjadi jurukecantikan dan instruktur senaman. Sekarang seorang penulis bebas, harapannya adalah untuk mengajak orang ramai memperbaiki kesejahteraan diri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: