Mengapa Sesetengah Pakaian Sangat Mahal?

Pakaian Mahal

Tentu anda pernah melihat baju yang hampir serupa mempunyai harga yang berbeza mengikut jenama dan tempat-tempat mereka dijual, bukan? Sebagai pengguna, anda mungkin rasa tertipu dan rugi jika membeli dengan harga yang mahal tetapi jika anda faham mengapa harganya begitu, mungkin anda tidak akan berasa ralat.

Kos pekerja

Sesetengah pakaian dibuat di studio khas yang memerlukan pekerjanya dibayar mengikut kadar gaji yang ditetapkan oleh undang-undang tempat tersebut. Hal ini berbeza dengan pakaian yang dikontrakkan pada kilang-kilang besar untuk pembuatannya.

Jangan risau kerana anda tidaklah semata-mata membayar lebih untuk kos pekerja, sebaliknya dengan keadaan persekitaran yang kondusif, pekerja membuat pakaian dengan lebih teliti dan sempurna. Anda sebenarnya membayar lebih untuk pakaian yang lebih kemas jahitannya dan tahan lama.

Kos material

Material yang lebih berkualiti sudah tentu memerlukan kos yang lebih tinggi dan sesetengah fabrik dibasuh dahulu di studio sebelum dijahit supaya pakaian tersebut tidak mengalami pengecutan apabila dibasuh oleh pembeli. Berbeza dengan pembuatan pakaian secara pukal di kilang-kilang, mereka menjimatkan masa dengan terus menjahit tanpa membasuh fabrik dahulu jadi pakaian akan mengecut apabila dibasuh di rumah menyebabkan saiznya berbeza daripada asal.

Pembaziran

Semua pembuatan pakaian mempunyai pembaziran dalam bentuk perca kain dan kesalahan jahitan yang dikira sebagai kos pakaian tersebut.

Kos operasi

Sudah namanya perniagaan, banyak perbelanjaan yang perlu dikeluarkan seperti penyelenggaraan, pemasaran dan pengiklanan. Semuanya dimasukkan ke dalam kos penghasilan pakaian termasuklah cara pengagihan pakaian tersebut. Jika pakaian diagihkan terus daripada pengeluar kepada pengguna, harga pakaian dapat dikurangkan. Sebaliknya jika pakaian diagihkan melalui pemborong kemudian kepada penjual, harga pakaian akan bertambah.

Kajian dan reka cipta

Semestinya, kajian dan penghasilan rekaan baru mengambil masa mereka yang profesional bagi memuaskan cita rasa pembeli. Semakin hebat reputasi seseorang designer, semakin tinggi nilai rekaannya dan rekaan yang dipaten khusus untuk sesuatu label juga bernilai lebih tinggi daripada biasa.

Keuntungan

Akhir sekali adalah keuntungan yang diambil oleh pihak pembuat pakaian setelah kos lain diambil kira. Skala pembuatan pakaian sama ada besar atau kecil turut menjadi faktor jumlah keuntungan yang diambil sama ada 5%, 10% atau lebih sehingga 50%. Pakaian yang limited itu lebih istimewa, bukan?

Sekarang, anda sudah faham bahawa pakaian yang lebih mahal dihasilkan dengan kos yang lebih tinggi. Ia memberi tanda bahawa sesuatu jenama itu mengamalkan etika kerja yang lebih baik selain anda membeli pakaian yang lebih berkualiti dan lebih istimewa.

Leen

Bekas jurukecantikan yang aktif menulis.

More Posts


Artikel Berkaitan

Cara Menghilangkan Sembab Pada Wajah
Bangun pagi, pasti muka akan kelihatan sembab bukan? Ingatkan sudah dapat beauty sleep,
Tips Mudah Penjagaan Kaki
Penjagaan kaki mungkin tidak sepopular penjagaan wajah, namun ia sama penting malah mungkin
Cara Kelihatan Segar Walaupun Tidak Cukup Tidur
Hujung minggu sudah pun tamat dan anda kembali untuk menjalani minggu yang baru.
Cara Bersolek Ke Pejabat dan Kuliah
Tahukah anda, bahawa solekan juga ada etikanya? Tidak boleh sembarangan saja bersolek ke

Leave a reply "Mengapa Sesetengah Pakaian Sangat Mahal?"