Langgan newsletter kami!
Muzikal Lawak Superstar 2019

Muzikal Lawak Superstar 2019 (Astro Warna)

Program Muzikal Lawak Superstar 2019 ialah program realiti muzikal komedi yang menggandingkan 14 kumpulan yang terdiri daripada 42 peserta di mana setiap kumpulan akan diwakili oleh dua orang pelawak dan seorang pelakon / penyanyi / selebriti popular.

Ia telah memulakan gelanggang bermula 28 Jun 2019. Rancangan ini bersiaran live pada setiap minggu setiap hari Jumaat pukul 9.00 malam di saluran Astro Warna. Ia membariskan artis terkenal iaitu Datuk Awie, Nora Danish dan Altimet sebagai juri tetap sementara Nabil Ahmad dan Nabila Huda digandingkan sebagai hos program ini.

Program ini bersiaran langsung secara eksklusif dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil di Astro Warna (saluran 132) dan Astro Warna HD (saluran 124) jam 9.00 malam. Dalam pada itu, pelakon Izzue Islam dan penyanyi Sissy Iman juga merupakan hos Digi Extra Lawak yang bersiaran pada hari yang sama bermula jam 8.15 malam hingga 8.45 malam.

Persembahan peserta akan dinilai oleh tiga juri profesional dengan peruntukan peratusan sebanyak 50% oleh juri dan 50% pemarkahan lagi akan ditentukan oleh penonton menerusi undian SMS dan secara atas talian melalui lawam sesawang.

Selain televisyen, program ini juga boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan secara streaming di On Demand. Manakala menerusi platform digital pula di YouTube Astro Gempak (minggu pertama sahaja). Pelanggan NJOI juga boleh menikmati siara langsung program ini secara percuma untuk minggu pertama di NJOI TV (saluran 100).

Untuk perkembangan terkini program Muzikal Lawak Superstar, layari muzikallawaksuperstar.gempak.com.

Senarai Peserta (Kumpulan) Muzikal Lawak Superstar 2019

  1. BOTAK: Achey, Abam & Black
  2. VOICE: Sharif Zero, Chiwan Chilok & Shiha Zikir
  3. NEWBOH: Tomok, Ali Puteh & Mamak Puteh
  4. J-BORN: Joey, Vicha & Khir Rahman
  5. TAMANZ: Tauke, Man Raja Lawak & Zulin Aziz
  6. TITANS: Ain Edruce, Issey & Ammar
  7. LIBRA: Bell Ngasri, Elly Mazlein & Rahim Sepahtu
  8. KRONI: Achok Chilok, Kamal Chilok & Nonie AF
  9. SEP: Eyya Gegar Lawak, Pinky Miss Lawak & Shahrul AF
  10. HEART: Daniel Lawak Solo, Azmi Caliph Buskers & Ezad Lazim
  11. KITAWA: Nadzmi Adhwa, Tapai & Ilham Gegar Lawak
  12. WASAP: Wan Gegau, Amir Lawak & Syura
  13. BUNGA: Caca, Leez AF & Azmir
  14. U N I: Fad Bocey, Atu Zero & Fakhrul UNIC
Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: