Cara Membaca Doa Iftitah Yang Betul


Doa Iftitah ialah doa yang dibaca selepas selesai takbiratul ihram dan sebelum membaca al-Fatihah. Ifitah itu bermakna pembukaan iaitu doa pembukaan sembahyang.

Hukum Doa Iftitah

Hukum membaca doa Iftitah adalah sunat. Kita boleh memilih mana-mana satu doa Iftitah yang dibaca oleh Nabi SAW kerana ada beberapa lafaz doa iftitah dalam hadith-hadith yang sahih. Doa Iftitah ini hendaklah dibaca perlahan. Jika dibaca dengan kuat, solat tidak batal tetapi dia telah berbuat perkara yang menyalahi yang terlebih elok. Jika sengaja tidak membaca doa ifitah, hukumnya makruh tetapi solatnya sah kerana doa iftitah bukan termasuk rukun sembahyang.

Cara Bacaan Doa Iftitah

Antara doa iftitah yang boleh kita pilih sebagai bacaan ialah:


اَلله أَكََْبَر كَبِيْرًا وَالحَمْدُلِلَّهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ الله بُكْرَةً وَأَصِيْلاً.

وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِيْ فَطَرَ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ

حَنِيْفًا مُسْلِمًا وَمَا أَنَا مِنَ المُشْرِكِيْن .

إِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِيْ وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْن

لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا مِنَ المُسْلِمِيًن

“Allah Maha Besar lagi sempurna kebesarannya segala puji bagi Allah dengan kepujian yang banyak. Maha suci Allah pada pagi dan petang, sesungguhnya aku menghadapkan wajahku kepada Tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi dengan keadaan benar dan berserah diri dan tidaklah aku termasuk dalam golongan orang yang melakukan syirik .
Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah semesta alam. Tiada sekutu bagiNya kerana itu aku diperintah dan aku ini adalah termasuk dari golongan orang Islam”

Bacaan Doa Iftitah Dalam Rumi

ALLAHU AKBARU KABIRAW-WALHAMDU LILLAHI KATHIRAW-WASUBHANALLAHI BUKRATAW-WA-ASILA.

WAJJAHTU WAJHIA LILLAZI FATARAS SAMA-WATI WAL-ARDHA

HANIFAM-MUSLIMAW-WAMA ANA MINAL-MUSYRIKIN.

INNA SOLATI WANUSUKI WAMAHYAYA WAMAMATI LILLAHI RABBIL-‘ALAMIN.

LA SYARIKALAHU WABIZA-LIKA UMIRTU WA ANA MINAL MUSLIMIN


Carian Berkaitan
doa iftitah, cara bacaan doa iftitah, bacaan doa iftitah yang betul, doa aftitah

Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

More Posts - Website

Loading...

Tags: #doa iftitah rumi

Panduan Solat Tasbih – Mudah dan Ringkas
Maksud Solat Tasbih Solat ini dinamakan solat sunat tasbih atau tasabih kerana di
Diskusi Hakikat Insan, Dr Sani Badron
Hakikat Sebenar Insan “Apabila manusia telah mengenal dirinya, maka ia telah mengenal akan
Maksud Bacaan Tasbih, Tahmid, Takbir, Tahlil dan Istighfar
Dari Abu Hurairah RA, dari Rasulullah SAW, sabdanya: “Siapa yang tasbih tiga puluh
Arak dan Alkohol Dari Perspektif Hukum Islam
Perbezaan Arak dan Alkohol Tidak dinafikan bahawa alkohol atau lebih tepatnya, etanol adalah

Leave a reply "Cara Membaca Doa Iftitah Yang Betul"