Panduan Jika Berlaku Kematian Mengejut Dalam Rumah Kita


Bagaimana Jika Tiba-tiba Berlaku Kematian Mengejut Dalam Rumah Kita?

  • Pertama sekali, jangan panik atau cemas
  • Tunggu dua tiga jam lagi sebelum terbit pagi. InsyaAllah orang masjid akan sampai dan akan membantu uruskan jenazah
  • Sementara itu sapukan minyak di kelopak mata arwah untuk lembutkan kemudian cuba rapatkan mata arwah jika masih terbuka
  • Begitu juga dengan tangan, sapukan sedikit minyak di kedua-dua siku untuk lembutkan kemudian letakkan kedua-dua tangan di atas perut
  • Letak pisau atau gunting besi atas perut, supaya tak masuk angin
  • Kelopak mata kalau payah nak tutup, letakkan duit syiling
  • Tangan diikat dengan perca kain. Kepala hingga dagu juga elok ikat dgn perca kain
  • Jika ada darah yang keluar dari hidung atau telinga, sumbatkan dengan kapas untuk menahan darah dari terus menitik keluar
  • Selimutkan arwah dengan kain yang dapat menutup seluruh jasad dari kepala hingga kaki. Boleh guna sebarang kain sama ada kain batik panjang dan sebagainya, asal saja dapat menutupi jenazah
  • Rehatlah dan cubalah untuk tidur dulu sementara menunggu subuh kalau kematian berlaku seawal jam 12 atau 1 pagi
  • Mesti ada pengesahan kematian dari doktor klinik atau hospital
  • Bila dapat surat pengesahan tersebut baru boleh buat laporan di balai polis berhampiran
  • Polis kemudiannya akan keluarkan Permit Pengkebumian/surat mati untuk urusan pengkebumian jenazah

Oleh itu adalah penting menjadi ahli khariat kematian sama ada di surau berdekatan rumah atau masjid. Jika kita tiada khairat kematian, hanya perlu ada sejumlah RM520 (mungkin jumlah RM berbeza di masjid lain) untuk pengurusan jenazah dari awal urusan dimandikan, dikafankan sehinggalah selamat dikebumikan (wang boleh diserahkan kemudian, pihak masjid boleh dahulukan).

Pihak masjid yang akan menghubungi penggali kubur untuk menyediakan tempat, begitu juga urusan kain kapan dan sebagainya. Waris si mati tidak perlu bimbang tentang semua perkara itu. Patut juga kita ambil tahu nama-nama AJK masjid, yang lebih baik lagi kenal dan cam wajah-wajah mereka.

Ramai yang tidak tahu dan tak terfikir tentang adanya kemungkinan perkara itu tiba-tiba terjadi dalam rumah masing-masing. Setiap orang harus bersedia menghadapi kematian sebab mati itu pasti.

Sumber: Hisyamuddin Lg


Carian Berkaitan

apa perlu buat jika berlaku kematian, apakah tandanya jika kematian mengejut

Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

More Posts - Website

Loading...

Tags: #kematian #mati #panduan kematian

Biodata Normalina Alias, Juara Tilawah Al-Quran Antarabangsa 2017
Sekalung tahniah diucapkan buat qariah Malaysia iaitu Normalina Alias kerana merangkul gelaran juara
Biodata Ustaz Don Daniyal, Pendakwah Bebas Popular
Siapa yang tidak kenal dengan pendakwah bebas tanah air, Ustaz Don Daniyal? Kelibat
Perkongsian Ilmu Oleh Fynn Jamal
Baru-baru ini menerusi laman sosial Instagram peribadinya, penyanyi Fynn Jamal boleh dilihat dengan penampilan
Lagu Memuja Syaitan
Mendengar lagu tiada salahnya. Sehinggakan, ada yang menjadikan hiburan lagu itu sebagai satu

Leave a reply "Panduan Jika Berlaku Kematian Mengejut Dalam Rumah Kita"