Panduan Lengkap MNP Reject Code


Kepada dealer-dealer telco yang berdaftar, tak kiralah sama ada dealer telco mana, pasti pernah mengalami masalah Mobile Number Portability ataupun singkatannya ialah MNP. Masalah akan berlaku semasa hendak port-out nombor telefon pelanggan dari talian telco asal ke telco baru.

Berikut adalah senarai MNP reject code (kod ralat MNP) yang boleh dijadikan rujukan untuk penyelesaian. Selepas permasalahan tersebut dibetulkan, barulah boleh re-submit semula permohonan MNP tersebut.

SP10 – NEW NRIC IS INCORRECT
Keterangan: Nombor Kad pengenalan Baru salah.
Penyelesaian: Semak butiran kad pengenalan baru pemilik asal dengan penyedia rangkaian sedia ada (donor asal).

SP11 – OLD NRIC IS INCORRECT
Keterangan: Nombor Kad pengenalan lama salah.
Penyelesaian: Semak butiran kad pengenalan lama pemilik asal dengan penyedia rangkaian sedia ada (donor asal).

SP12 – POLICE/ARMY ID IS INCORRECT
Keterangan: Nombor ID polis/tentera salah.
Penyelesaian: Semak butiran Nombor ID Polis/tentera pemilik asal dengan penyedia rangkaian sedia ada (donor asal).

SP13 – PASSPORT NUMBER IS INCORRECT
Keterangan: Nombor Passport salah.
Penyelesaian: Semak butiran Passport pemilik asal dengan penyedia rangkaian sedia ada (donor asal).

SP30 – COMPANY REGISTRATION IS INCORRECT
Keterangan: Nombor Pendaftaran Syarikat salah.
Penyelesaian: Semak butiran Nombor Akaun pemilik asal dengan penyedia rangkaian sedia ada (donor asal).

SP31 – ACCOUNT NUMBER IS INCORRECT
Keterangan: Nombor Akaun salah.
Penyelesaian: Semak butiran Nombor Pendaftaran Syarikat pemilik asal dengan penyedia rangkaian sedia ada (donor asal).

SP51 – NON FULFILLMENT CONTRACT OBLIGATION
Keterangan: Nombor telefon masih mempunyai kontrak dengan penyedia rangkaian sedia ada.
Penyelesaian: Semak dengan penyedia rangkaian sedia ada (donor asal) sama ada nombor tersebut masih mempunyai kontrak atau tidak. Pemilik asal perlu batalkan kontrak sedia ada.

SP52 – OVERDUE/BAD DEBT ACCOUNT
Keterangan: Mempunyai akaun tertunggak.
Penyelesaian: Pemilik asal perlu jelaskan pembayaran akaun yang tertunggak dengan Penyedia rangkaian sedia ada (donor asal). Lebihkan sedikit pembayaran bil jika perlu.

SP54 – SOME/ALL NUMBERS NOT BELONG TO DONOR
Keterangan: Semua/salah satu nombor yang hendak diMNP bukan dari donor yang didaftar.
Penyelesaian: Pemilik asal perlu semak dengan rangkaian sedia ada (donor asal) sama ada nombor tersebut adalah betul dari rangkaian yang didaftarkan.

SP55 – SOME/ALL NUMBERS NOT IN SERVICE
Keterangan: Semua/salah satu nombor telah ditamatkan perkhidmatan.
Penyelesaian: Pemilik asal perlu pastikan nombor masih aktif dan sah sebelum membuat permohonan untuk MNP. Sekiranya nombor telah ditamatkan perkhidmatan, nombor tersebut tidak boleh digunakan lagi.

SP56 – PRINCIPAL NUMBERS HAS SUPPLEMENTARY LINE(S) THAT SHOULD BE PORTED
Keterangan: Nombor tersebut iaitu Pemegang Akaun Utama (Principal Line) mempunyai talian tambahan di bawahnya (Supplementary Line).
Penyelesaian: Pemegang Akaun Utama mesti pergi ke penyedia rangkaian sedia ada (donor asal) untuk tamatkan talian tambahan dan salah satu nombor dari talian tambahan tadi perlu mendaftar semula untuk menjadi Pemegang Akaun utama (Principal Line).

SP57 – SUPPLEMENTARY NUMBER HAS PRINCIPAL NUMBERS THAT SHOULD BE PORTED


Keterangan: Talian Tambahan (Supplementary Line) mempunyai Pemegang Akaun Utama (Principal Line) yang perlu dialihkan
Penyelesaian: Pemegang Talian Tambahan perlu mendaftar semula sebagai Pemegang Akaun Utama. Selepas proses ini selesai, maka mereka boleh meneruskan untuk meminta mengalihkan nombor tersebut.

SP58 – SOME/ALL NUMBERS DO NOT BELONG TO PRINCIPLE OR COMPANY
Keterangan: Semua/salah satu nombor bukan kepunyaan pelanggan atau syarikat utama.
Penyelesaian: Pengguna Talian Tambahan (Supplementary Line) perlu mendaftar semula sebagai Pengguna Utama (Principal subscriber) atau sebagai Pengguna Individu. Selepas proses ini selesai, maka mereka boleh meneruskan untuk meminta mengalihkan nombor tersebut.

SP59 – EXCEED CREDIT LIMIT
Keterangan: Melebihi had kredit.
Penyelesaian: Pastikan penggunaan perkhidmatan sedia ada tidak melebihi had kredit yang ditetapkan oleh operator rangkaian sedia ada.

SP61 – CUSTOMER NUMBERS ARE TEMPORARILY DISCONNECTED
Keterangan: Nombor pelanggan dicabut sementara (Disconnected).
Penyelesaian: Tanya pelanggan untuk menyemak status talian/nombor mereka dengan penyedia perkhidmatan sedia ada. Pastikan nombor masih aktif dan dihubungkan dengan pembekal rangkaian sedia ada sebelum permintaan untuk MNP nombor tersebut.

 

Inginkan talian yang lebih jimat? Kenapa tak tukar ke Onexox?
Baca kelebihan ONEXOX dan hubungi nombor di bawah.

📞 SMS/Whatsapp 019-7720072
📞 SMS/Whatsapp 019-7720072
📞 SMS/Whatsapp 019-7720072

DYSD20835
(ONEXOX Authorised Dealer)


Carian Berkaitan

reject kod mnp, mnp reject code, mnp rejected code, mnp code reject

Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

More Posts - Website

Loading...

Tags: #Kod Reject MNP

Cara Semak iPhone Original atau Fake
Aррlе semеmаngnya tеrkеnаl dеngаn kualiti dan trademark produk yang tersendiri serta servis ѕеlераѕ
WhatsApp dengan Fungsi Tagging Baru
Aplikasi messenger paling popular, WhatsApp telah memperkenalkan fungsi tagging pada mesej berkumpulan (group),
Senarai Istilah Penting Dalam ONEXOX
Senarai Istilah (Maksud) Penting Dalam ONEXOX TELCO: Telecomunication Company (Syarikat Telekomunikasi) MNO: Mobile
Biodata Irfan Khairi, Jutawan Internet Malaysia
Biodata Irfan Khairi Nama Penuh: Dr. Noor Irfan Khairi Noor Azmi Asal: Perak  tetapi dibesarkan
  1. author

    Zuriana3 weeks ago

    Sp 71

    Reply

Leave a reply "Panduan Lengkap MNP Reject Code"