Langgan newsletter kami!

Panduan Lengkap Penjagaan Wajah Yang Betul

Memiliki kulit wajah yang cantik, gebu, licin dan tanpa sebarang cela adalah menjadi idaman semua orang terutamanya golongan wanita. Ini kerana wanita dan kecantikan adalah sesuatu yang tidak dapat dipisahkan. Siapa tak mahu memiliki kulit wajah yang menawan dan awet muda bak selebriti Korea, Song Ji-hyo?

Pelbagai produk kecantikan telah anda cuba bagi mendapatkan hasil yang terbaik namun, pernahkan anda terfikir yang anda telah menjaga wajah anda dengan betul? Berikut adalah blueprint ataupun cara menjaga kulit wajah dengan betul.

1) Pencuci Muka

Tips Memilih Pencuci Muka

Tips yang paling utama sebelum anda membeli mana-mana produk pencuci muka ataupun Facial Cleanser adalah mengenalpasti jenis kulit muka atau kulit wajah anda. Ini kerana setiap orang memiliki jenis kulit muka yang berbeza-beza. Sebagai contoh, jika anda memiliki kulit muka berminyak, jangan pilih pencuci muka untuk kulit sensitif kerana ia jelas tidak sesuai untuk anda. Lagi satu, jika anda adalah lelaki, sebaik-baiknya gunakanlah produk Facial Cleanser untuk lelaki kerana produk ini sememangnya telah disesuaikan dengan struktur kulit muka lelaki walaupun tidak salah anda menggunakan pencuci muka yang universal.

Selepas anda mengenalpasti jenis kulit anda, bolehlah beli produk pencuci muka yang sesuai dengan bajet anda. Cuba dahulu produk pencuci muka yang telah anda beli tadi untuk tempoh seminggu dan lihat kesannya. Jika anda dapati kulit muka anda menjadi sedikit kasar dan didatangi ruam-ruam halus, itu adalah petanda alergi. Anda perlu segera menghentikan penggunaan pencuci muka tersebut dan beralihlah kepada produk yang lain.

Cara Menggunakan Pencuci Muka

Seterusnya adalah panduan sebelum mencuci muka, anda disarankan agar membersihkan wajah terlebih dahulu dengan tisu basah (wet tissue) atau minyak bayi (baby oil). Ianya dapat menanggalkan kotoran pada wajah yang berkemungkinan tidak mampu dibersihkan oleh pencuci muka. Bahagian wajah yang perlu diberi perhatian adalah pada kawasan sekitar mata, hidung, pipi dan dahi.

Buihkan sedikit pencuci muka anda sebelum disapu pada kulit muka. Jangan sesekali menggosok muka anda dengan kuat. Lakukan pembersihan dalam bentuk putaran selama beberapa minit sebelum membilasnya dengan air bersih. Selepas wajah siap dibilas, lapkan perlahan-lahan wajah anda sebelum anda meletakkan penyegar dan pelembap wajah.

Apply Toner

2) Toner

Toner ataupun penyegar adalah amat penting bagi mengekalkan kesegaran dan keanjalan pada kulit muka. Selepas anda membersihkan muka menggunakan pencuci muka, semua kotoran yang ada di pori-pori akan dibersihkan menjadi “kosong”. Jadi fungsi toner adalah untuk membasahi pori-pori tersebut agar pori-pori tidak tersumbat di samping dapat mengecilkan pori-pori. Selain itu, kulit yang segar kerana toner akan lebih mudah menyerap produk-produk perawatan wajah seterusnya selain dapat menyeimbangkan bacaan pH (pH balance) pada kulit. Perlu diingat, bahawa toner tidak berfungsi sebagai pembersih dan seharusnya penggunaan toner yang betul hanyalah setelah wajah anda dibersihkan.

Tips Memilih Toner

Tips untuk memilih toner yang baik semestinya toner yang berasaskan bahan-bahan semula jadi dan alcohol-free toner. Untuk kulit normal dan kering, pilihlah toner yang dapat menambahkan kelembapan pada kulit iaitu toner yang memiliki kandungan Hyaluronic Acid dan glycerin sebagai kandungan utama. Gunakan toner sebanyak 2-3 kali sehari bagi mengekalkan kelembapan kulit. Jauhkan toner yang mengandung alcohol kerana ia membuatkan kulit semakin kering dan terdehidrasi. Untuk kulit berminyak pula, pilihlah toner yang dapat mengawal produksi minyak di wajah dan juga memberikan hasil yang matte seperti toner yang mengandung Zinc. Selain itu, kebanyakan toner yang dikhususkan untuk kulit berminyak mengandungi astringent tinggi.

Cara Menggunakan Toner

Cara yang betul untuk menggunakan toner adalah dengan mengambil kapas muka yang lembut dan basahkan dengan sedikit toner. Kemudian sapukan toner ke seluruh muka dan bahagian leher secara perlahan-lahan dan dalam bentuk putaran. Anda akan dapat merasakan sensasi dingin toner yang anda gunakan. Ini bermakna wajah anda sudah benar-benar segar!

Apply Face Cream

3) Pelembap Wajah

Seperti toner, pelembap muka juga amat penting untuk memelihara kesihatan dan kecantikan kulit wajah. Pelembap wajah diperlukan oleh kulit untuk mempertahankan stuktur dan fungsi kulit dari berbagai faktor luaran seperti udara kering, sinar matahari ataupun UV, angin, penyaman udara dan debu. Pelembab akan membentuk satu lapisan nipis lemak pada permukaan kulit sehingga kulit menjadi halus, lentur serta dapat mengurangi penguapan air dari sel kulit. Secara umumnya, wanita yang berusia 30 tahun ke atas disarankan agar menggunakan pelembap sebagai tambahan kepada rutin penjagaan wajah mereka.

Tips Memilih Pelembap Wajah

Pemilihan pelembap yang baik adalah daripada bahan-bahan semula jadi seperti teh hijau dan daun lidah buaya atau Aloe Vera. Pelembap muka tanpa haruman juga adalah lebih baik kerana ia menunjukkan kandungan kimia yang rendah atau langsung tidak mempunyai bahan kimia di dalamnya. Pemilihan pelembab wajah yang baik juga harus disesuaikan dengan jenis kulit wajah. Untuk kulit normal dan kering, sebaiknya gunakan pelembab berbentuk krim atau lotion. Tetapi untuk kulit berminyak, sebaiknya gunakan pelembab berbentuk gel atau lotion. Juga gunakan pelembab wajah yang bebas minyak (oil free) dan non-comedogenic. Maksud non-comedogenic adalah bahan–bahan yang terkandung dalam kosmetik tersebut tidak membuatkan pori-pori kulit wajah anda tersumbat. Penggunaan pelembab pada kulit berminyak perlu dipertimbangkan sekiranya anda sering berada dalam lingkungan berhawa dingin.

Cara Menggunakan Pelembap Wajah

Cara yang betul untuk menggunakan pelembap wajah adalah dengan mengambil pelembap tersebut dan sapukan perlahan-lahan di keseluruhan wajah dan leher anda. Mulakan dengan bahagian dahi, diikuti dengan bahagian muka dan terus ke dagu. Anda perlu berhati-hati dengan jumlah pelembap muka yang anda pakai kerana jumlah yang berlebihan akan menyebabkan wajah anda tampak berminyak. Sekiranya kulit anda terasa licin atau sedikit melekit, ia menandakan kelembapan pada muka anda sudah mencukupi.

Apply Face Scrub

4) Scrub Wajah

Ramai orang yang selalu bertanya, adakah penggunaan scrub pada muka itu penting? Jawapannya adalah ya. Ini kerana scrub berfungsi untuk membantu menanggalkan sel-sel kulit mati yang merupakan punca kulit kering dan kusam. Di samping itu, ia juga membantu mempercepatkan proses regenerasi sel kulit baru dan meremajakan kulit agar kulit wajah sentiasa cantik dan sihat.

Tips Memilih Scrub

Pemilihan scrub yang baik adalah daripada bahan-bahan semula jadi seperti kulit kacang tanah, pumice, apricot dan sebagainya. Bahan-bahan ini mudah menanggalkan kotoran di wajah tanpa meresap sehingga ke liang pori-pori. Namun begitu penggunaan scrub bagi lelaki atau wanita yang mempunyai masalah jerawat yang teruk adalah tidak digalakkan kerana ia mungkin menambahkan keradangan pada kulit. Scrub mungkin akan mengganggu struktur kulit wajah berjerawat dan menyebabkan masalah menjadi lebih teruk.

Cara Menggunakan Scrub Wajah

Cara yang betul untuk menggunakan scrub muka adalah setiap sekali atau dua kali seminggu. Bagi wanita, pilihlah scrub yang mempunyai butiran halus kerana ia lebih sesuai dengan tekstur kulit wanita sementara scrub dengan butiran kasar pula lebih sesuai untuk lelaki kerana liang roma mereka yang lebih besar. Gunakan scrub pada suhu air suam kerana ia dapat membuka liang pori-pori dengan lebih mudah. Cuci wajah anda dengan pencuci wajah terlebih dahulu sebelum menggunakan scrub. Selepas dibilas, ambil sedikit scrub wajah dan sapu pada wajah dengan menggosoknya secara berputar pada bahagian dahi, hidung, dagu dan leher.

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

5 comments

  1. Suka tips ini. Terima kasih atas perkongsian. 🙂

  2. wan filzah binti wan mohamed

    satu tips yang berguna…bagus..saya sukakannya

  3. Bagus panduan nie. Kalau yg berjerawat tak digalakkan guna scrub tapi boleh guna masker kan untuk buang sel kulit mati?

  4. Umur berapa disarankan untuk scrub wajah?

Leave a Reply to Azhan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: