Langgan newsletter kami!
Tasbih

Panduan Lengkap Solat Sunat Tasbih

Apakah Solat Sunat Tasbih

Solat sunat tasbih ialah solat sunat yang dikerjakan sebanyak 4 rakaat dengan memperbanyakkan bacaan tasbih iaitu sebanyak 300 kali tasbih di dalam solat tersebut, dengan perincian setiap rakaat dibaca 75 kali tasbih.

Tujuan Solat Sunat Tasbih

Ia dilakukan bagi menyucikan serta mengakui kebesaran Allah SWT daripada segala sekutu atau sesuatu yang menyamai denganNya.

Hukum Solat Sunat Tasbih

Hukum melaksanakan solat sunat tasbih adalah sunat dan tidak wajib. Oleh itu, bagi sesiapa yang mempunyai kelapangan waktu amat dialu-alukan melaksanakannya namun bagi sesiapa yang tidak dapat melaksanakannya tidaklah berdosa.

Solat sunat tasbih ini telah diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada Saidina Abbas bin Muththalib.

Rasulullah SAW bersabda:
“Jika kamu mampu solat tasbih setiap hari, maka lakukanlah. Jika tidak mampu, maka lakukanlah setiap hari Jumaat atau sebulan sekali atau setahun sekali atau seumur hidup sekali .“ (HR. Abu Daud dan Ibnu Majah)

Waktu Solat Sunat Tasbih

Solat sunat tasbih ini boleh dilakukan sama ada pada waktu siang atau malam asalkan bukan pada waktu-waktu terlarang seperti selepas Subuh dan selepas solat Asar. Sholat ini digalakkan untuk dilakukan pada setiap malam bagi mereka yang mampu.

Bilangan Rakaat Solat Sunat Tasbih

Solat sunat tasbih dilakukan dengan cara berikut:

  • Jika didirikan pada waktu siang, lakukan dengan Empat (4) rakaat dan satu (1) salam.
  • Jika didirikan pada malam hari, 4 rakaat itu dikerjakan dengan 2 salam (2 rakaat dan 1 salam kemudian sambung lagi 2 rakaat dan 1 salam).

Setiap satu rakaat perlu dibaca 75 kali tasbih. Maka, 4 rakaat itu menjadikannya 300 tasbih.

Cara Bacaan Tasbih

Bacaan Tasbih:

Cara Bacaan Tasbih

Ertinya: “Maha suci Allah dan segala pujian bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah, Allah Maha Besar. Tiada suatu daya dan kekuatan melainkan dengan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.

Bacaan Tasbih dalam Rumi:

Subhaanallah walhamdulillah walaa ilaaha illallahu wallahu akbar
Wala hawla wala quwwata illa billahil ‘aliyyil ‘adzim

Tatacara Solat Sunat Tasbih

Pertama, niat solat sunat tasbih :

أصَلِّي سُنَّةَ التَسْبِيحِ أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ لِلهِ تَعالىَ

“Sahaja aku solat sunat tasbih empat rakaat kerana Allah Taala.”

Jika solat dengan 2 rakaat, niatlah seperti berikut:

Sahaja aku solat sunat tasbih dua rakaat kerana Allah Taala.

Kemudian, bacalah surah-surah yang sunat dibaca selepas al-Fatihah seperti berikut;

  1. Rakaat pertama – Surah at-Takasur
  2. Rakaat kedua- Surah al-Asr
  3. Rakaat ketiga – Surah al-Kafirun
  4. Rakaat keempat – Surah al-Ikhlas

Boleh juga membaca surah lain yang dihafal, tidak menjadi masalah.

Pada rakaat pertama, bacan tasbihnya ialah seperti berikut;

  1. Selepas membaca doa iftitah, al-fatihah dan surah, baca 15 kali tasbih.
  2. Selepas rukuk, baca 10 kali tasbih.
  3. Selepas iktidal, baca 10 kali tasbih.
  4. Selepas sujud, baca 10 kali tasbih.
  5. Selepas duduk antara dua sujud, baca 10 kali tasbih.
  6. Selepas sujud semula, baca 10 kali tasbih.
  7. Selepas duduk sebentar sebelum bangun berdiri semula/selepas tahiyat awal atau akhir, baca 10 kali tasbih.

Setelah selesai rakaat pertama, ulangi langkah 1-7 ini untuk rakaat kedua hingga keempat. Oleh itu, jumlah tasbih dalam solat sunat ini adalah 300 tasbih (75×4).

Pengiraan Bacaan Tasbih Dalam Solat Sunat Tasbih

Akhir sekali, berdoa.

Video Panduan Cara Solat Sunat Tasbih oleh Ustaz Azhar Idrus (UAI)

Print Friendly, PDF & Email

About Marina

Berpendidikan agama dari UNISZA dengan hasrat menggabungkan pelbagai pengetahuan dan kemahiran yang beliau ada untuk manfaat komuniti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: