Langgan newsletter kami!
Hiasan Dalaman Rumah Islam

Panduan Pembinaan Rumah Bercirikan Islam

Pembinaan rumah yang bercirikan Islam perlu diwujudkan agar cara hidup Islam yang menyeluruh dapat dipraktikkan. Ciri-ciri perhiasan luaran seperti kubah, ayat-ayat Al-Quran, hiasan seni khat atau motif-motif geometri Islam bukanlah kriteria yang akan menjadikan sesuatu reka bentuk rumah itu lebih islamik atau tidak, tetapi ianya bergantung kepada beberapa aspek lain yang perlu diberi perhatian dengan lebih serius.

Berikut adalah beberapa kriteria yang perlu ada agar rumah itu bercirikan Islam:

  1. Wujudkan sempadan yang nyata di antara ruang tamu dan ruang keluarga supaya privacy penghuni dapat dijamin dan aurat wanita dapat dijaga. Sementara itu, setiap bilik tidur dapat dimasuki oleh kaum wanita tanpa perlu melalui para tetamu. Sekiranya ini tidak dapat dilakukan maka pintu masuk ke bilik tidur mestilah terlindung dari pandangan umum dan ini boleh dilaksanakan dengan mewujudkan satu “lobby” (ruang legar atau juga disebut hallway) yang bersaiz sekecil 1.2×1.2 meter pun sudah memadai.
  2. Wujudkan dua jalan keluar masuk rumah iaitu satu untuk kegunaan umum dan satu lagi khusus untuk penghuni lain terutamanya wanita agar privacy terjaga.
  3. Wujudkan ruang yang terlindung untuk kaum wanita menjalankan aktiviti-aktiviti luaran tanpa menimbulkan sebarang ketidak selesaan kepada mereka selain daripada menghindar sebarang fitnah.
  4. Orientasi rumah yang dibina perlulah mengambil kira arah kiblat supaya dapat memberi ruang yang maksima untuk mendirikan solat berjamaah. Di samping itu, aktiviti-aktiviti di dalam bilik air juga dapat dilakukan dengan menghormati kiblat.
  5. Setiap rumah yang diduduki oleh keluarga disarankan mempunyai sekurang-kurangnya tiga bilik tidur. Ini berdasarkan kepada hadis Rasulullah s.a.w yang menyuruh umatnya mengasingkan tempat tidur anak lelaki dan anak perempuan apabila mereka mencapai umur 10 tahun. Dengan itu perlu diwujudkan setiap bilik tidur iaitu untuk ibu bapa, anak lelaki dan anak perempuan.
  6. Wujudkan ruang yang terlindung untuk penghuni wanita, ruang kerja dan interaksi untuk penghuni wanita dan kedudukan serta orientasi tandas dan bilik air.
  7. Cadangan bagi mewujudkan perumahan bercirikan Islam turut melibatkan penguatkuasa tempatan yang bertanggungjawab meluluskan permohonan pembangunan menggalakkan pemaju-pemaju mengintegrasikan ciri-ciri penggalak kepada cara hidup Islam di dalam reka bentuk projek-projek perumahan.
  8. Setiap projek perumahan bercirikan Islam tidak hanya dinilai dari segi reka bentuk tetapi sumber kewangannya juga mestilah bebas dari unsur-unsur yang diharamkan oleh Islam. Contohnya sebuah projek perumahan yang dibiayai oleh bank yang melibatkan riba’ tidak boleh diklasifikasikan sebagai perumahan yang bercirikan Islam walaupun dari segi ciri-ciri reka bentuknya memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
  9. Berdasarkan hadis Rasullulah s.a.w tentang mengasingkan tempat tidur kanak-kanak lelaki dan perempan, rumah tiga bilik ini adalah satu keperluan kepada rakyat. Dengan itu sekiranya rakyat berkeluarga tidak mampu memiliki rumah yang mempunyai tiga bilik tidur akibat dari kenaikan kos maka adalah menjadi tanggungjawab kerajaan dan pemaju untuk memastikan rakyat mampu memilikinya tidak kiralah dengan cara memberi subsidi kos pembinaan seperti mengurangkan atau memberi pelepasan untuk cukai-cukai ke atas pelbagai bahan binaan yang digunakan, memanjangkan jangkamasa pembayaran balik dan sebagainya.

Kriteria-kriteria yang dinyatakan lebih kepada konsep perumahan yang ideal oleh kerana kebaikan yang ada pada Islam itu adalah universal dan boleh dimanfaatkan untuk bangsa lain juga. Untuk makluman juga, artikel ini adalah hasil daripada perbincangan meja bulat yang bertajuk “Konsep Perumahan Yang Bercirikan Islam Menyeluruh” pada program Wacana Perumahan Islam yang diadakan baru-baru ini. Semoga ia bermanfaat buat semua pembaca.

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: