Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)

Budak Sekolah

Apakah Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)

Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan pentaksiran yang berterusan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid.

PBD lebih bersifat formatif iaitu mengutamakan kemajuan setiap murid dan membantu guru membuat diagnostik bagi mengesan perkembangan pembelajaran murid dari semasa ke semasa serta merancang pengubahsuaian kaedah pengajarannya.

Maksud Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)

Bila PBD Bermula

PBD dahulunya dikenali sebagai Pentaksiran Sekolah (PS) yang bermula pada tahun 2011. Namun, pada tahun 2016, PS mula dikenali sebagai PBD.

Perkembangan DSKP Dan PBD

Perbezaan PBD dan PBS

PBS ialah Pentaksiran Berasaskan Sekolah, iaitu suatu pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani). Ini adalah selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Oleh itu, terdapat empat komponen dalam PBS iaitu Pentaksiran Pusat (PP), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan & Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).

PBD pula ialah pentaksiran yang berlaku secara berterusan sepanjang PdP, bagi semua mata pelajaran. PBD bukanlah diwujudkan untuk membandingkan tahap penguasaan murid, tetapi bertujuan untuk membantu dalam perkembangan pembelajaran murid di samping membantu guru menambahbaik pengajaran mereka.

Mata Pelajaran yang Terlibat Dengan PBD

Mata pelajaran yang terlibat adalah semua mata pelajaran KSSR (Semakan 2017) Tahun 1 hingga Tahun 6 dan semua mata pelajaran KSSM Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Namun begitu, pelaporan PBD di peringkat menengah hanya dilakukan mulai Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3.

Pelaksanaan PBD

PBD dilaksanakan secara berterusan semasa proses PdP sepanjang tahun. PBD dilaksanakan melalui pelbagai kaedah pentaksiran seperti:

  • Pemerhatian
  • Penulisan
  • Lisan
  • Kerja Projek
  • Kuiz
  • Pembentangan
  • Lain-lain aktiviti pembelajaran berdasarkan Standard Prestasi dan pertimbangan profesional guru

Pelaporan PBD

Tahap penguasaan murid dalam PBD direkod dalam templat yang telah disediakan dan dilaporkan kepada Jawatankuasa Jaminan Kualiti PBD di peringkat sekolah, kepada murid dan ibu bapa.

Ahli Jawatankuasa Jaminan Kualiti PBD

Jawatankuasa ini dibentuk oleh pihak sekolah dan dianggotai oleh:

  • Pengetua / Guru Besar
  • Penolong Kanan Pentadbiran
  • Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
  • Penolong Kanan Ko Kurikulum
  • Penolong Kanan Petang
  • Penolong Kanan Pendidikan Khas
  • Guru Kanan Mata Pelajaran / Ketua Bidang
  • Ketua Panitia
  • Guru Cemerlang
  • Jurulatih Utama
  • Mana-mana guru yang dilantik oleh Pengetua / Guru Besar / JK PBS

Kekerapan Pelaporan PBD

  • Sekurang-kurangnya 2 kali setahun


Sumber Rujukan: Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian Pendidikan Malaysia


Carian Berkaitan
maksud pentaksiran bilik darjah, maksud taklimat pentaksiran, pentaksian berasakan bilik darjah

Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

More Posts - Website

Loading...
SAPS Ibu Bapa Login: Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah
SAPS Ibubapa ataupun Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah telah dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
Garis Panduan Potongan Rambut Pelajar Sekolah
Beberapa hari lagi, sekolah akan dibuka untuk sesi persekolahan yang baru. Tentu saja
Takwim Persekolahan Sesi 2019
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atau Ministry of Education (MOE) adalah kementerian yang bertanggungjawab membuat
Koleksi Gambar Mewarnai Upin dan Ipin
Upin & Ipin adalah siri televisyen animasi kanak-kanak yang sangat popular di Malaysia.

Leave a reply "Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)"