Permohonan Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR) 2019

Logo Bantuan Sara Hidup Rakyat

Kerajaan baharu di bawah Pakatan Harapan telah mengumumkan bahawa BR1M (Bantuan Rakyat 1 Malaysia) akan diteruskan namun nama ditukar kepada Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR).

Kerajaan komited untuk memastikan kesejahteraan rakyat dipelihara tanpa meningkatkan beban hutang yang ditanggung kerajaan pada masa kini. Sehubungan itu, sejumlah 4.1 juta penerima akan menerima bayaran BSHR peringkat kedua pada 6 Jun 2018 yang membabitkan anggaran peruntukan sebanyak RM1.6 bilion.Untuk makluman, jumlah BSHR akan dikekalkan untuk semua kategori penerima pada tahun 2018. Namun kelayakan untuk mendapatkan BSHR akan dikaji semula pada masa akan datang.

Cara Semakan Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR)

Pemohon yang layak menerima BR1M sebelum ini disarankan membuat semakan Bantuan Sara Hidup Rakyat melalui pautan yang disediakan di bawah.

Makluman Terkini Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR)

  • Pembayaran Fasa 3 BSHR 2018 adalah mulai 15 Ogos 2018 (Rabu) yang akan dibuat secara berperingkat.
  • Pemohon yang mengemukakan maklumat akaun bank dan berjaya kredit semasa pembayaran Fasa 2 atau ada mengemaskini maklumat akaun bank, pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank yang telah didaftarkan.
  • Manakala bagi pemohon yang tiada akaun bank, surat baucar akan diposkan kepada pemohon dan pembayaran adalah secara tunai di kaunter BSN dengan membawa surat baucar berkenaan.
  • Untuk maklumat terkini yang lain, sila layari website https://bsh.hasil.gov.my/

Pertanyaan Berkaitan Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR)

Untuk sebarang pertanyaan dan info terkini berkaitan Bantuan Sara Hidup Rakyat, sila hubungi

  1. Sekretariat Kementerian Kewangan (MOF) / Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR)
    Pejabat Belanjawan Negara
    Kementerian Kewangan Malaysia (MoF)
    Presint 2, 65292 Putrajaya
  2. Hotline Bantuan Sara Hidup Rakyat LHDNM
    1-800-88-2716 (Waktu Operasi 9.00 pagi hingga 5.00 petang)
  3. Hotline Kementerian Kewangan (MOF)
    03-8882 4565 / 03-8882 4566
  4. Faksimili Kementerian Kewangan (MOF)
    03-8882 3933

Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

More Posts - Website

Loading...
Lokasi dan Alamat UTC (Urban Transformation Centre) Seluruh Malaysia
UTC (Urban Transformation Center) atau Pusat Transformasi Bandar merupakan salah satu usaha dan
Semakan Kelayakan Program Subsidi Petrol (PSP) Online
Program Subsidi Petrol (PSP) telah diumumkan oleh kerajaan semasa pembentangan Belanjawan 2020 oleh
Perincian Program Subsidi Minyak Petrol (PSP) Bermula Januari 2020
Program Subsidi Petrol (PSP) telah dilancarkan oleh kerajaan dengan pelaksanaan akan dibuat bermula
Live Streaming Pembentangan Belanjawan 2020 Malaysia
Belanjawan 2020 ialah bajet ke-2 di bawah kerajaan baharu Pakatan Harapan. Intipati belanjawan

Leave a reply "Permohonan Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR) 2019"