Puisi Melayu Mudah Lupa oleh Tun M


Puisi Melayu Mudah Lupa yang dibacakan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad di akhir ucapan penggulungannya pada Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 23 Jun, 2001.

Melayu Mudah Lupa

Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya dipijak
Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya retak
Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya teriak
Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya haprak
Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya kelas dua
Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya hina
Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya sengketa
Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya derita
Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya kerdil
Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya terpencil
Melayu mudah lupa

Tiada daulat
Tiada maruah
Tiada bebas

Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa

Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah

Ingatlah
Ingatlah
Ingatlah

Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi
Kerana perjuanganmu belum selesai..


Carian Berkaitan

lirik puisi melayu mudah lupa

Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

More Posts - Website

Loading...

Tags: #mahathir #melayu #mudah lupa #tun m

Senarai Bantuan Badan Kerajaan Untuk Ibu Tunggal & Bapa Tunggal
Dalam hidup ini, kadang kala anda melalui kepahitan yang membuatkan anda rasa buntu.
Tarikh Pembayaran BR1M 2017
Tarikh Pembayaran BR1M 2017. Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2017) telah selesai melalui proses
Biodata Ustaz Syamsul Debat
Ceramah atau kuliah yang kaku mungkin agak membosankan dan mudah mengantuk. Justeru, ramai
Cara Pengiraan Bon Pelaksanaan
Pengiraan Bon Pelaksanaan Dua setengah peratus (2.5%) daripada jumlah harga kontrak bagi kontrak

Leave a reply "Puisi Melayu Mudah Lupa oleh Tun M"