Langgan newsletter kami!
Google Adsense New Wallpaper

Punca Utama Google Adsense Anda Kena Banned

Google Adsense adalah antara sumber pendapatan paling utama dan popular bagi blogger dan pemilik website. Ini kerana ia sangat mudah diaplikasi, iaitu dengan hanya install code adsense, set and forget. Iklan google atau google ads akan dipapar dengan sendiri di website anda mengikut setup yang telah anda lakukan.

Tetapi sebagai Publisher Adsense, tentunya anda tidak mahu segala titik peluh dan usaha anda menjadi sia-sia gara-gara melanggar peraturan / terms yang telah ditetapkan oleh Google. Jika akaun Goolge Adsense anda telah di banned atau dengan kata lain di block, maka tiada jalan kembali buat anda kerana kebiasaannya akaun tersebut akan sukar atau hampir mustahil untuk dipulihkan kembali.

Jika ditanya pemain adsense di Malaysia mahupun Indonesia, yang kini telah berjaya membina pendapatan secara konsisten dari Google Adsense, hampir semua pernah mengalami nasib akaun google adsense kena banned. Tetapi tahukah anda, dengan membaca dan meneliti setiap peraturan, tips dan tricks ini akan membuatkan anda lebih berhati-hati dengan setup Google Adsense anda.

Penyebab Utama Akaun Adsense di Banned Oleh Google

1) Content Copy & Paste

Memang tidak dinafikan, para blogger selalunya melakukan cara copy & paste, tetapi biarlah dengan cara yang betul. Kita boleh mengambil isi kandungan penulisan di blog lain tetapi diolah kembali menggunakan gaya penulisan dan tatabahasa kita sendiri serta tidak meniru 100% isi kandungannya.

Perkara ini bukanlah asing kerana ramai blogger yang menggunakan teknik re-write artikel ini supaya artikel kelihatan unik dan kepunyaan sendiri. Seterusnya letaklah sumber dan hyperlink artikel yang kita copy & paste tadi.

2) Blog AGC (Auto Generated Content)

Blog yang dihasilkan secara automatik dengan mengambil kandungan dari blog lain secara amnya lebih mudah kena banned. Cara kerja blog AGC ialah dengan menduplikasi artikel dari laman web lain yang telah diposkan di Internet sebelum ini.

Seperti yang kita ketahui, Google amat menyukai laman web yang dicipta oleh manusia dan bertujuan untuk manusia, bukan robot. Teknologi robot spider Google juga kini begitu canggih sehingga dapat mencari blog AGC walaupun mereka telah melakukan pelbagai trick seperti penambahan header dan footer lain serta penggunaan penggantian perkataan yang sepadan dengan perkataan asal pada artikel yang disalin. Hal ini pastinya sangat memudaratkan para blogger yang berjuang untuk menghasilkan kandungan yang berkualiti.

Sekiranya ternyata laman web tersebut didapati melakukan automasi yang melanggar peraturan, maka akaun Adsense yang di banned menjadi salah satu keputusan terbaik.

3) Kandungan Sensitif

Maksud isi kandungan sensitif adalah website yang mengandungi topik meliputi pornografi, judi, phishing, perdagangan haram, jenayah, hakcipta dan banyak lagi.

Jika sekiranya blog anda mengandungi hal-hal yang sensitif, sila padamkan segera sebelum akaun anda menerima amaran keras daripada google adsense.

4) Blog MFA (Made for AdSense)

Seperti namanya, blog MFA secara khusus dibina hanya bertujuan untuk mendapatkan pendapatan dari Google Adsense. Blog MFA biasanya bergantung pada kandungan yang tidak jelas dengan tatabahasa tidak betul seperti blog yang diterjemahkan terus dari bahasa lain tanpa dinilai semula tatabahasa dan penggunaan perkataan dalam bahasa yang baru.

Selain itu, anda boleh menilai blog MFA ini dari segi tema, kandungan, tatabahasa artikel, panjang perkataan, kedudukan iklan, trafik, pautan redirect dan sebagainya.

Perkara semacam ini tentunya sangat merisaukan untuk Google yang sangat mementingkan pelanggan. Jadi sebagai blogger, binalah website yang berguna untuk pengunjung membaca, bukan semata-mata untuk digunakan sebagai lembu tenusu sahaja.

5) Klik Iklan Sendiri

Ini adalah rules paling asas bagi pemilik akaun adsense – JANGAN KLIK IKLAN SENDIRI. Ketahuilah jika sekiranya anda mengklik iklan adsense di blog anda sendiri, ianya akan mengundang bahaya kepada akaun adsense anda. Jika anda secara tidak sengaja melakukan ini setakat sekali atau dua kali mungkin tidak ada masalah, namun jika anda mengklik dengan sengaja secara konsisten pasti akaun adsense anda segera di banned oleh pihak Google Adsense.

Terdapat juga segelintir blogger yang menyarankan kepada orang lain untuk menekan klik dengan pelbagai kaedah. Jika anda salah satu daripada pelaku ‘fraud click’ ini, sila hindari kaedah seperti demikian, kerana lambat laun anda akan terperangkap juga.

Ada juga blogger yang berlagak pintar dengan klik iklan sendiri melalui IP yang berlainan ataupun menggunakan browser yang berlainan. Nasihat saya, hindarilah perkara sedemikian kerana Google mempunyai pelbagai cara untuk verifikasi sama ada setiap satu klik itu adalah sah atau palsu.

6) Iklan Adsense Berbentuk Pop-Up

Pemasangan iklan adsense hendaklah mematuhi peraturan dan syarat-syarat yang telah ditetapkan. Jika sekiranya anda tidak mematuhinya dengan memasang iklan adsense dalam bentuk Pop-Up, akaun adsense anda bila-bila masa sahaja berkemungkinan kena banned.

Setiap blogger memang inginkan pendapatan yang banyak tetapi apa guna kalau ianya tidak berpanjangan.

7) Invalid Click & Invalid Activity

Invalid activity adalah trafik atau pengunjung website yang tidak sah. Ini termasuk klik yang tidak sah dan sumber trafik dari website yang tidak dibenarkan. Contohnya anda membeli trafik dari pihak ketiga dengan tujuan untuk memperbanyakkan pengunjung ke website anda dan juga anda rajin menyebarkan link anda dengan cara yang salah dengan tujuan untuk memperbanyakkan klik iklan anda.

Website yang mempunyai trafik yang sedikit biasanya akan mencari cara untuk meningkatkan trafik dengan cara yang tidak sah seperti melakukan pertukaran trafik (traffic exchange) atau membeli trafik dari pihak ketiga yang tidak jelas sumbernya dari mana (traffic robot).

8) Melanggar TOS (Terms of Service) dari Google AdSense

Perkara pertama yang perlu anda baca dan fahamkan selepas anda di approve sebagai publisher Google Adsense adalah dengan membaca Terms of Service. Mana mungkin anda bekerja di sesebuah syarikat tanpa mengikuti peraturan yang telah ditetapkan untuk pekerjanya?

Sila baca setiap satu subtajuk dan fahamkan apa yang boleh dan apa yang tidak boleh anda lakukan sebagai seorang Publisher Adsense.

Diharap dengan membaca artikel ini dapat membuatkan anda lebih berhati-hati serta mengenalpasti setiap kesalahan yang perlu dielakkan. Semoga informasi ini akan memberikan panduan untuk anda berjaya membina pendapatan secara konsisten melalui Google Adsense.

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

5 comments

  1. Boleh tak akaun Google adsense dari Indonesia digunakan di Malaysia?
    Saya baru jadi youtuber.
    Jika boleh, bagaimana bayaran Google buat, harus ada akaun bank di Bank Indonesia atau boleh guna akaun Bank Malaysia.
    Apakah bayaran dilakukan Google boleh diambil oleh pemegang akaun adsense secara tunai di kaunter tertentu?
    Apakah akaun adsense itu wajib di add kan juga pada blog atau Web pemegang akaun adsense?
    Terima kasih

  2. sekiranya akaun adsense telah di banned, bolehkah rayuan dibuat dan bolehkah akaun didapatkan semula?

  3. terima kasih atas tips… jadi panduan untuk saya yang baru dapat adsense setelah sekian lama…

  4. Terima kasih dengan perkongsian dan penjelasan dari sahabat…bagus sekali setiap point akan dijaga…harus semangat tidak berputus asa

  5. Terima kasih info….

    Bagaimana pula dengan share ke media sosial seperti group atau fan pages di Facebook? Adakah ia juga dianggap sebagai invalid traffic tuan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: