Langgan newsletter kami!
Fesyen Terbaru 2017

Ramalan Trend Solekan 2017

Selamat tahun baru semua! Diharapkan anda lebih bersemangat untuk menempuhi cabaran yang mendatang. Setiap cabaran itu sebenarnya merupakan satu kejayaan diri sekiranya kita sahut dan tempuhi, jadi siapkanlah diri anda dengan fikiran bawaha cabaran itu adalah sesuatu yang positif.

Agar anda lebih berkeyakinan dan berani untuk menyahut cabaran, mari saya ceritakan sepuluh trend solekan yang diramalkan menjadi kegilaan semua pada tahun 2017 ini.

 

Pengilat bibir

Tahun lalu merupakan tahun matte untuk bibir, tetapi tahun 2017 ini anda akan menggunakan pengilat bibir untuk menampakkan dimensi, kilatan dan keremajaan pada bibir anda. Ingatkah anda pada pengilat bibir anda suatu ketika dulu? Kita belajar menggunakan pengilat bibir sebagai seorang remaja sebelum belajar menggunakan gincu sebagai orang dewasa. Bring back the gloss baby!

 

Kulit yang segar

Kulit Yang Segar

Untuk tahun 2017, anda akan kembali kepada perkara asas yang paling penting iaitu menjaga kulit sehingga ia kelihatan sihat dan berseri. Tidak perlu lagi strobing atau contouring. Biarkan kulit anda bernafas dengan produk yang minimal. Kulit anda yang segar akan dipadankan dengan solekan mata atau solekan bibir yang galak.

 

Bibir dengan dimensi

Bibir Dengan Dimensi

Trend ombre dan glitter dari pentas runway ini mungkin kurang sesuai untuk digayakan ke pejabat, tetapi tiada masalah untuk anda gayakan ketika keluar bersama rakan atau keluarga pada hujung minggu. Untuk solekan yang lebih bersahaja, anda boleh menggunakan gincu bertekstur satin pada keseluruhan bibir dan meletakkan sedikit pengilat bibir pada bahagian tengah bibir anda.

 

Kening lurus

Kening Lurus

Kening yang dramatik dan melengkung seperti dilukis dengan pembaris adalah ketinggalan zaman. Untuk tahun baru ini, anda tidak perlu lagi bersusah payah melukis kening. Cukup sekadar merapikan kening anda mengikut bentuk asalnya dengan berus dan meletakkan gel berwarna untuk kelihatan semula jadi dan muda.

 

Penggaris mata hitam berselerak

Penggaris Mata Hitam Berselerak

Penggaris mata hitam bukanlah sesuatu yang baru, tetapi berselerak? Bagaimana pula tu? Jika anda biasa melukis tepat pada garisan mata secara tipis, tahun 2017 ini anda boleh memilih untuk melukis pada bahagian bawah mata sahaja atau melukis pada bahagian tengah mata sahaja tanpa perlu melukis dengan tepat di atas garisan mata. Motifnya adalah untuk kelihatan bersahaja.

 

Monokrom

Jika anda seorang yang sangat minimalis, anda sangat beruntung kerana tahun baru ini adalah masanya untuk anda menggunakan produk dan warna yang sama untuk solekan anda! Anda boleh menggunakan warna yang sama untuk bibir, pipi dan mata anda. Tetapi anda haruslah memilih warna merah jambu sahaja!

 

Solekan merah jambu

Merah Jambu

Merah jambu adalah warna neutral yang baru – ia boleh digayakan pada mana-mana bahagian wajah anda. Sentuhan kilatan pada tulang pipi, sapuan lembut pada kelopak mata, mahupun secalit seri pada bibir – merah jambu mencantikkan wajah anda secara semula jadi.

 

Penggaris mata cecair berkilau

Penggaris Mata Cecair Berkilau

Bagi anda yang menggemari penggaris mata cecair, anda boleh terus menggunakannya tahun ini. Tetapi, anda boleh mencari penggaris mata cecair dengan formula berkilau untuk kekal trendy.

 

Solekan metal

Solekan Metal

Anda ingin kekal rock? Jangan risau, anda boleh mengekalkan personaliti anda dengan warna-warna logam untuk mata anda. Tahun 2017 ini, biarkan kelopak mata anda menyerlah dengan pembayang mata berwarna logam yang berkilau.

 

Maskara burgundy

Maskara Burgundy

Bagi pengguna setia maskara, anda boleh mendapatkan produk yang berwarna merah gelap untuk melentikkan bulu mata anda. Maskara ini akan kelihatan tona merahnya apabila terkena cahaya.

 

Pilihan anda

Itulah sepuluh trend solekan yang diramalkan untuk tahun 2017 ini. Yang mana satu menjadi pilihan anda? Atau adakah anda akan mencuba semuanya?

Print Friendly, PDF & Email

About Leen

Graduan Komunikasi dan Media Massa ini pernah menjadi jurukecantikan dan instruktur senaman. Sekarang seorang penulis bebas, harapannya adalah untuk mengajak orang ramai memperbaiki kesejahteraan diri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: