Langgan newsletter kami!
Rawatan Wajah Gadis Cantik

Rawatan Wajah Terbaik Untuk Bakal Pengantin

Setiap wanita yang bakal berkahwin pasti menginginkan kulit wajah yang hampir sempurna untuk majlis perkahwinannya. Hari tersebut bukan sahaja istimewa kerana penyatuan sepasang kekasih, malahan ia juga penting kerana ramai yang akan datang meraikan pengantin dan mengambil gambar untuk mengabadikan kenangan manis.

Berikut adalah teknik rawatan wajah yang boleh ditambah semasa melakukan proses facial biasa dan merupakan langkah terbaik untuk mendapatkan kulit wajah yang cantik. Selain itu, anda digalakkan mengambil supplemen probiotik setiap hari untuk kecantikan menyeluruh dari dalam.

Microneedling

Khusus buat mereka yang mempunyai masalah parut jerawat terutamanya yang jerawat berlubang, teknik yang juga dikenali sebagai terapi induksi kolagen ini melalui permukaan kulit dengan sejenis alat yang mempunyai jarum-jarum kecil. Apabila kulit tersebut cedera, semakin banyak sel baru tumbuh yang menghasilkan permukaan kulit lebih muda. Hasilnya, parut dan garis-garis halus dapat dikurangkan. Ia juga menghasilkan lebih banyak kolagen, menjadikan kulit lebih gebu. Teknik ini digunakan bersama serum yang dimasukkan ke dalam kulit dengan lebih baik melalui jarum-jarum kecil tadi. Sebaiknya, rawatan ini dilakukan berturut-turut selama beberapa minggu sebelum hari perkahwinan.

Dermaplaning

Teknik pengelupasan yang semakin popular ini sangat baik untuk dilakukan oleh mereka yang bersolek setiap hari. Sejenis alat seperti pisau yang nipis digunakan pada permukaan kulit yang kering untuk mengikisnya sehingga kulit yang lebih segar, cerah dan lembut dapat dilihat. Solekan perkahwinan akan menjadi lebih sempurna pada permukaan kulit yang baru. Ia boleh dilakukan beberapa hari sebelum hari perkahwinan.

Rawatan Oksigen

Bagi facial yang dilakukan pada saat-saat akhir, rawatan oksigen adalah yang terbaik untuk mendapat kesan segera seperti artis hollywood sebelum ke karpet merah. Rawatan oksigen sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif. Digunakan bersama serum, kulit akan menjadi sangat sejuk, lembap dan licin serta bertambah cantik apabila dikenakan solekan. Oksigen juga bersifat antibakterial, jadi anda dapat mengelakkan jerawat daripada tumbuh. Maklumlah, solekan tebal dan makanan berminyak pada hari perkahwinan boleh menyebabkan anda berjerawat.

Terapi LED

Terapi LED memperbaiki struktur kulit dengan menghaluskan garis halus dan kedutan, menyamaratakan warna kulit dan mematikan jerawat. Pancaran LED sama ada merah, biru atau putih memberi kesan yang berbeza-beza mengikut keperluan kulit anda. Teknik ini juga sebaiknya dilakukan berturut-turut selama beberapa minggu sebelum hari perkahwinan untuk kesan yang benar-benar memberangsangkan.

Galvanik, Microcurrent dan Frekuensi Radio

Jika anda memerlukan kulit yang tegang pada hari perkahwinan, rawatan dengan sedikit elektrik inilah yang harus anda dapatkan untuk mencapainya kerana ia dapat bertindak pada sel kulit di bahagian yang lebih dalam. Rawatan ini boleh anda dapatkan beberapa hari sebelum hari perkahwinan.

Sekarang, anda tidak perlu risau lagi dengan keadaan kulit anda pada hari perkahwinan atau mana-mana hari penting nanti. Pilih sahaja rawatan yang bersesuaian dan anda akan berpuas hati.

Print Friendly, PDF & Email

About Leen

Graduan Komunikasi dan Media Massa ini pernah menjadi jurukecantikan dan instruktur senaman. Sekarang seorang penulis bebas, harapannya adalah untuk mengajak orang ramai memperbaiki kesejahteraan diri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: