Resepi Asam Pedas Simple Tapi Sedap

Asam Pedas Simple

Tak dinafikan asam pedas merupakan salah satu hidangan lauk yang sedap. Masak dengan ikan apa pun sedap. Tambahan lagi ianya sangat simple dan mudah untuk disediakan. Walaupun terdapat pelbagai versi asam pedas umpamanya asam pedas johor, asam pedas melaka, asam pedas kelantan, asam pedas utara dan sebagainya namun resepi asasnya adalah sama.

Di sini saya bukan hendak bercerita tentang resepi terperinci tentang asam pedas yang disebutkan di atas, cuma hendak berkongsi resepi asas asam pedas yang simple tetapi sedap dimakan. Tak perlu tambahan banyak bahan yang kurang penting seperti bunga kantan dan sebagainya. Maklumlah dalam keadaan ekonomi sekarang semua barang mahal. Jadi kita masak letak bahan yang penting-penting saja. Sekadar berasa asam pedas dia. Ye tak?
 

Bahan-bahan Asam Pedas Simple

  • 3 potong ikan tenggiri (boleh ganti dengan ikan kegemaran anda)
  • 1 biji bawang besar
  • 3 biji bawang putih
  • 1 batang serai – ditumbuk
  • segenggam daun kesom
  • 7-8 batang bendi
  • 15 batang cili kering – digunting kecil dulu
    (lebihkan cili untuk lebih pedas)
  • pes asam jawa
  • secubit garam
  • secubit gula atau ajinomoto
  • minyak untuk menumis

Cara Memasak Asam Pedas Simple

  1. Masukkan bawang besar, bawang putih dan cili kering ke dalam blender dan kisar semua bahan di atas. (Jangan kisar ikan pulak ye. hehe..)
  2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan yang dikisar tadi. Tumis sampai naik bau.
  3. Masukkan ikan, air dan asam jawa. Kadar bancuhan air asam jawa mengikut kadar kemasaman yang disukai.
  4. Masukkan daun kesom untuk lebih wangi.
  5. Bila kuah sudah mendidih, masukkan sayuran yang disukai (bendi) dan perasakan dengan garam dan gula/ajinomoto.
  6. Bila sayur sudah lembut (dalam 3-4 minit), tutup api.
  7. Siap asam pedas. Simple kan?

Carian Berkaitan

resepi asam pedas simple, asam pedas simple, resepi asam pedas mudah, bantuan ibu tunggal 1 malaysia

Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

More Posts - Website


Artikel Berkaitan

Tags: #asam pedas mudah dan simple

Resepi Spaghetti Telur Masin Yang Sedap
Pernah tak anda makan udang goreng mentega telur masin atau ketam goreng mentega
Resepi Pencuci Mulut Puding Oreo
Resepi Puding Oreo. Sudah masuk hujung minggu, ada rakan-rakan yang akan datang ke
Cara Buat Ais Lavender Matcha Green Tea Latte
Segar betul rasanya dapat minum ais green tea RM5 yang dijual dalam cawan
Resepi Breakfast Ring Yang Sedap Dan Mudah
Ramai yang tidak begitu berselera pada waktu pagi untuk mengambil sarapan berat. Mungkin
  1. author

    yel yel5 months ago

    Makasih banyak untuk resep asam pedas ni, aku nak nyoba di rumah dengan daging ayam…

    Reply

Leave a reply "Resepi Asam Pedas Simple Tapi Sedap"