Resepi Bibimbap (비빔밥) Yang Mudah & Sedap

Resepi Bibimbap

Pengenalan Bibimbap (비빔밥)

Sebut saja makanan Korea pasti ramai yang terbayangkan Bibimbap. Ya, bibimbap merupakan makanan yang sangat popular di Korea. Pernah satu ketika, sebuah rancangan terbitan CNN telah membuat undian dan bibimbap berada pada kedudukan ke 40 di antara 50 makanan paling lazat dan berkhasiat di dunia.

  • Bibimbap 비빔밥 berasal dari perkataan 비벼 먹는다.
  • 비벼 bibyo dari perkataan 비비다 bibida yang bermaksud ‘campur / gaul’ atau dalam Bahasa Inggeris bermaksud ‘mix’.
  • 먹는다 moknenda dari perkataan 먹다 mokda yang bermaksud makan.
  • Jadi, 비벼 먹는다 bibyo moknenda bermaksud gaul dan makan.
  • Macam mana pula boleh jadi perkataan bibimbap?
  • 비빔 bibim dari perkataan 비비다 bibida juga. Cuma kena buang 다 da dan letak ‘ㅁ’ dihujung perkataan bibi dengan tujuan untuk tukarkan kata kerja kepada kata nama.
  • Bap 밥 pula bermaksud nasi.
  • Maka jadilah bibimbap 비빔밥. ‘Mix rice’ atau ‘Nasi gaul’.

Jadi, bibimbap adalah “nasi campur” iaitu nasi putih yang dihidangkan bersama side dishes (banchan) iaitu sajian sayuran, telur mata, daging perap dan sos gochujang (sos adunan cili). Ia dihias dengan begitu menarik sehingga nampak kompleks dan susah disediakan.

Sebenarnya penyediaan resepi ini tidaklah sesusah mana kerana bahan-bahannya biasa kita temui di mana-mana kedai di Malaysia. Cara menikmatinya pun mudah iaitu hanya gaulkan kesemua bahannya sekali. Ala, macam makan nasi kerabu saja.

Jom kita lihat cara membuat bibimbap ini.

Bahan-bahan Resepi Bibimbap

Saiz hidangan adalah untuk 2-3 orang

  • 1 ikat sayur bayam
  • 1 cawan daging batang pinang (beef tenderloin)
  • 1 cawan lobak merah (carrot)
  • 2 cawan cendawan shitake
  • 1 cawan cendawan enoki (enokitake)
  • 1 ulas bawang putih (dicincang atau ditumbuk halus)
  • 1 sudu makan kicap soya
  • 1/2 sudu makan kicap pekat
  • 1 sudu makan bijan panggang
  • 3 biji telur
  • sedikit minyak bijan masakan
  • minyak untuk menggoreng
  • garam
  • gula
  • sedikit ketulan ais

Cara Memasak Bibimbap

Sila ikut langkah-langkah di bawah.

Nasi
  • Masak nasi seperti biasa. Gunakan beras biasa bukan beras basmathi.
Sayur Bayam
  • Masak air bersama sedikit garam.
  • Sementara menunggu air mendidih, bersihkan sayur dari kekotoran.
  • Bila air sudah mendidih, masukkan sayur bayam tadi dan masak seketika (jangan lama sangat).
  • Setelah itu toskan airnya dan alihkan ke dalam mangkuk yang berisi air dan ketulan ais.
  • Selepas seketika ambil sayur bayam tadi, perahkan airnya perlahan-lahan.
  • Di dalam mangkuk lain yang bersih, gaulkan sayur bayam ini dengan sedikit minyak bijan dan ketepikan.

Bibimbap Bayam Perap

Cendawan Enoki
  • Bersihkan cendawan.
  • Potong cendawan enoki secara memanjang.
  • Proses penyediaannya adalah sama seperti sayur bayam di atas.
Cendawan Shitake
  • Bersihkan dan potong cendawan mengikut kesesuaian.
  • Kemudian panaskan kuali dengan sedikit minyak dan goreng seketika. Anda tidak perlu risau kerana cendawan ini akan sedikit mengecut apabila digoreng.
Lobak Merah (Carrot)
  • Bersihkan lobak merah dan kupas kulitnya.
  • Potong lobak merah kepada 3 bahagian dan hiris nipis.
  • Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan goreng sehingga menjadi lembut.
  • Ketepikan.
Daging (Beef Tenderloin)
  • Bersihkan daging.
  • Potong daging itu sehingga menjadi SANGAT nipis. Disyorkan agar potongan daging adalah lebar tetapi sangat nipis.
  • Kemudian gaulkan bersama kicap soya, kicap pekat, bawang putih dan sedikit garam.
  • Perapkan daging ini dan simpan di dalam peti sejuk selama 30 minit atau lebih. Sebenarnya, lebih lama ia diperap lebih sedap rasanya.
  • Selepas 30 minit, panaskan kuali dan sedikit minyak, kemudian goreng daging sehingga masak.
  • Ketepikan.

Perap Daging Bibimbap

Telur
  • Panaskan kuali dengan sedikit minyak kemudian pecahkan telur ke dalam kuali.
  • Goreng telur tersebut sehingga separuh masak. Kalau di Malaysia kita panggil telur mata kerbau ‘goyang’. Kuning telur dibiarkan separuh masak agar ia pecah apabila digaul nanti. Ini akan membuatkan bibimbap lebih sedap!
Langkah Akhir – Satukan Semua Bahan
  • Isikan nasi putih ke dalam mangkuk. Pastikan saiz mangkuk agak besar.
  • Susun kesemua masakan tadi mengikut kreativiti dan selera anda. Kebiasaannya telur mata akan berada di tengah-tengah nasi dan dikelilingi oleh sayuran dan daging.
  • Kemudiannya, letakkan sedikit sos cili Gochujang mengikut citarasa anda.
  • Titiskan sedikit minyak bijan dan taburkan bijian bijan di atasnya.
  • Siap! Bibimbap homemade air tangan anda sendiri siap untuk dihidangkan.

Bibimbap Cara Makan

Nota
  • Orang Korea tidak selalunya makan bibimbap yang dihias teratur. Maklumlah bukan senang nak hias cantik satu persatu setiap hidangan. Yang penting rasanya sama dan sedap.
  • Sos gochujang boleh dibeli di supermarket berdekatan atau di kedai-kedai runcit berasaskan makanan Korea.
  • Selain bayam dan cendawan, sayuran lain boleh ditambah atau ditukar ganti seperti timun, taugeh dan lain-lain sayur mengikut citarasa masing-masing.
  • Untuk memudahkan aktiviti memasak, anda boleh masukkan kesemua sayuran ke dalam kuali sekaligus dan perasakan dengan kicap soya, minyak bijan, bijian bijan dan hirisan bawang putih.
  • Untuk lebih sedap, makan bibimbap bersama kimchi. Kalau boleh, gunakan juga chopstick. Baru ada vibe Korea.

Ok, selamat menjamu selera. Kalau anda rasa malas nak masak, pergi saja ke DubuYo! Bibimbap di sana adalah antara yang termurah, halal dan sedap.


Carian Berkaitan
foto bogel cikgu perempuan indon, Bahan-Bahan Bibimbap

Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

More Posts - Website

Loading...
Resepi Sup Ayam Yang Mudah dan Simple
Sup ayam atau ‘chicken soup‘ merupakan antara menu masakan sup yang paling mudah
Cara Buat Serawa Durian (Pengat Durian)
Buah durian sememang sedap dimakan begitu sahaja, namun jika ada lebihan durian maka
Resepi Ikan Siakap 3 Rasa Yang Sangat Mudah dan Sedap
Jika anda selalu berkunjung ke restoren dan warung masakan panas dan tomyam, menu
Resepi Daging Goreng Kunyit (Mudah, Cepat dan Sedap)
Cara memasak daging goreng kunyit adalah sangat mudah dan cepat. Malahan lauk ini

Leave a reply "Resepi Bibimbap (비빔밥) Yang Mudah & Sedap"