Resepi Biskut Cip Coklat Klasik Yang Sedap

Biskut Chocolate Chip Paling Sedap

Jika anda penggemar coklat, ini dia resepi biskut cip coklat yang klasik untuk anda nikmati. Ianya cukup mudah disediakan jadi anda bolehlah kerap membuatnya dan dijadikan stok snek untuk minum petang. Resepi ini juga tidak memerlukan sebarang penggunaan mesin dan sesuai dibuat bersama kanak-kanak.

  • Masa penyediaan: 5 minit
  • Masa memasak: 8 minit
  • Jumlah masa: 13 minit
  • Jumlah hidangan: 24 keping

Bahan-bahan Membuat Biskut Cip Coklat

  • 150 g mentega, pada suhu bilik
  • 80 g gula kastor
  • 80 g gula merah
  • Sebiji telur
  • 2 sudu kecil ekstrak vanila
  • ¼ sudu kecil garam
  • ½ sudu kecil soda bikarbonat
  • 225 g tepung gandum
  • 220 g cip coklat

Cara Memasak Biskut Cip Coklat

  1. Panaskan ketuhar hingga 170 darjah celsius.
  2. Susunkan dua dulang untuk membakar bersama kertas kalis minyak dan ketepikan.
  3. Dalam mangkuk yang besar, pukul mentega, gula kastor dan gula merah sehingga berwarna putih dan dapatkan tekstur berkrim.
  4. Tambahkan telur dan ekstrak vanila dan terus pukul sehingga sebati.
  5. Tambahkan pula garam.
  6. Ayak soda bikarbonat dan tepung di atas sebatian tadi. Kemudian, masukkan ke dalam adunan.
  7. Masukkan cip coklat dan terus gaul.
  8. Sejukkan doh di dalam peti ais selama 15 minit. (Terpulang pada anda kalau nak lebih lama pun boleh)
  9. Ambil doh menggunakan sudu dan bentukkan doh anda seperti biskut di atas telapak tangan lalu susunkan di atas dulang dengan sedikit jarak antara satu biskut ke biskut yang lain.
  10. Bakar selama 8-10 minit sehingga berwarna perang. Siap!
  11. Keluarkan dari ketuhar dan biarkan sejuk sedikit sebelum dihidang atau disimpan.

Sumber resepi: bakeplaysmile.com

Leen

Graduan Komunikasi dan Media Massa ini pernah menjadi jurukecantikan dan instruktur senaman. Sekarang seorang penulis bebas, harapannya adalah untuk mengajak orang ramai memperbaiki kesejahteraan diri.

More Posts - Website

Loading...
Resepi Rahsia Sandwich Sardin Yang Mudah & Sedap
Resepi Rahsia Sandwich Sardin Yang Sedap. Menarik bukan tajuknya? Sebut saja sandwich tentu
Cara Memasak Telur Dadar Yang Mudah & Sedap
Masakan Telur Dadar memang digemari hampir semua orang. Bukan sahaja kosnya murah malahan rasanya
Resepi Tteokbokki Korea Yang Popular
Sekiranya anda adalah penggemar drama Korea ataupun peminat KPOP ataupun peminat Running Man
Resepi Daging Goreng Berempah
Daging goreng sememangnya antara menu makanan yang sedap jika dimakan begitu saja dengan