Langgan newsletter kami!
Chewy Cheese Ball

Resepi Cheese Ball Untuk Anak-Anak Di Rumah

Sampai satu masa, anak-anak kecil akan mengalami ‘hilang selera makan’ dalam proses mereka membesar. Ibu bapa atau penjaga bolehlah mencuba resepi cheese ball ataupun cheesy ball yang diinspirasikan daripada hidangan KFC ini untuk diberi pada anak-anak. Sesiapa pun pasti suka dengan makanan yang ditambah dengan keju kan?

Jom kita lihat cara membuat cheese ball ini. Tak susah mana pun. Kalau buat sendiri di rumah pastinya anda boleh makan sepuas hati.

Bahan-bahan Resepi Cheese Ball

  • 5 biji kentang saiz sederhana
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • Secubit garam
  • Lada sulah secukupnya
  • Sayur campur sejuk beku
  • 1/2 keju cheddar atau keju mozarella, dipotong kecil-kecil
  • Serbuk roti (breadcrumb)
  • 2 biji telur
  • Sedikit minyak masak (1/2 cawan)

Cara Memasak Cheese Ball

  1. Rebus kentang sehingga empuk, kemudian angkat dan toskan.
  2. Lenyekkan kentang tadi bersama tepung gandum. Hati-hati agar tidak terlebih tepung kerana teksturnya akan menjadi kenyal.
  3. Tambahkan sayur campur sejuk beku, garam dan lada sulah kemudian gaul sebati.
  4. Tambahkan 1/2 cawan minyak masak dan gaul lagi.
  5. Uli sehingga adunan menjadi doh.
  6. Bentukkan adunan menjadi bebola.
  7. Buatkan lubang pada bebola dan masukkan keju di tengah-tengahnya.
  8. Salutkan bebola dengan serbuk roti kemudian celupkan di dalam telur yang telah dipukul dan salut lagi dengan serbuk roti. Pastikan salutan itu adalah sekata.
  9. Goreng sehingga warna keemasan. Pastikan minyak adalah cukup panas sebelum menggoreng agar cheese ball anda tidak terlalu berminyak.

Bukan sahaja kanak-kanak, orang dewasa pun boleh menjadikan cheese ball ini sebagai snek berkhasiat untuk minum petang. Memang melting habis!

Selamat mencuba.

Print Friendly, PDF & Email

About Leen

Graduan Komunikasi dan Media Massa ini pernah menjadi jurukecantikan dan instruktur senaman. Sekarang seorang penulis bebas, harapannya adalah untuk mengajak orang ramai memperbaiki kesejahteraan diri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: