Resepi Ikan Masak Stim (Chinese Style)

Ikan Masak Stim Versi Chinese

Jika anda kerap memasak ayam sebagai lauk, apa kata kali ini cuba sesuatu yang lain pula. Resepi ikan masak stim style cina ini cukup mudah dan cepat disediakan. Makan bersama nasi dan sayuran untuk hidangan yang umph!

Bahan-bahan Resepi Ikan Masak Stim (Chinese Style)

  • 1 cawan stok ayam
  • 1 sudu besar jus lemon
  • Seekor ikan besar pilihan anda, berkulit (biasanya ramai yang suka ikan siakap)
  • 3 biji bawang spring
  • 5 cm halia, dikupas
  • 2 sudu besar kicap
  • 2 sudu besar minyak bijan
  • Sedikit garam

Untuk makluman, resepi asal menggunakan sedikit wine tetapi telah digantikan dengan stok ayam dan jus lemon untuk makanan yang halalan toyyiban.

Cara Membuat Ikan Masak Stim (Chinese Style)

  1. Simbahkan ikan dengan stok ayam dan lemon kemudian taburkan garam. Ketepikan.
  2. Hiris nipis 2 biji bawang dan potong separuh halia panjang-panjang. Kemudian, cincang bawang dan halia yang selebihnya.
  3. Letakkan bawang dan halia yang dicincang di atas pinggan. Kemudian, letakkan ikan ke atasnya. Tambahkan sesudu kicap secara merata.
  4. Masukkan pinggan ke dalam periuk dan stim selama 6-7 minit atau lebih jika isi ikan tebal.
  5. Angkat ikan sahaja dan hidangkan di atas pinggan yang lain. Kemudian, tambahkan bawang dan halia yang telah dihiris ke atasnya.
  6. Panaskan sebentar minyak bijan di dalam kuali kemudian tuangkan ke atas ikan bersama sesudu lagi kicap.
  7. Masakan anda sedia untuk dinikmati.

Selamat mencuba.


Carian Berkaitan
resepi ikan talapia kukus ala cina, ikan talapia masak stim, resepi ikan stim ala cina, stim patin chinese style

Leen

Graduan Komunikasi dan Media Massa ini pernah menjadi jurukecantikan dan instruktur senaman. Sekarang seorang penulis bebas, harapannya adalah untuk mengajak orang ramai memperbaiki kesejahteraan diri.

More Posts - Website

Loading...

Tags: #cara buat ikan masak stim

Fucuk dan Cara Memasaknya
Apa Itu Fucuk? Sayur pucuk sering menjadi ramuan utama dalam penyedia­an sup sayur.
Cara Masak Telur Separuh Masak – Perfect Macam Kat Kopitiam!
Pernahkah anda makan telur separuh masak di kopitiam, RnR atau hotel? Memang sedap
Resepi Telur Masak Kicap Simple – Lauk Cepat Bila Tiada Masa
Pernahkah anda kesuntukan masa untuk memasak? Atau tak tau nak masak apa kerana
FoodPanda Kurangkan Caj Penghantaran Makanan Bagi Tahun 2019
FoodPanda merupakan salah satu syarikat yang menawarkan perkhidmatan tempahan dan penghantaran makanan terus

Leave a reply "Resepi Ikan Masak Stim (Chinese Style)"