Resepi Ikan Siakap 3 Rasa Yang Sangat Mudah dan Sedap

Masakan Ikan Siakap 3 Rasa

Jika anda selalu berkunjung ke restoren dan warung masakan panas dan tomyam, menu berasaskan ikan siakap sememangnya sangat popular. Terdapat pelbagai jenis masakan yang popular untuk ikan siakap antaranya ialah siakap masak 3 rasa, siakap masak stim dan siakap masak masam manis (sweet sour).

Ikan siakap 3 rasa selalunya menjadi hidangan utama jika ada acara ‘makan besar’. Tambahan lagi jika dipadankan pula dengan lauk lain seperti tom yam poktek ala thai, daging masak kunyit, sayur kailan ikan masin dan telur dadar. Fuhh, memang terangkat habis!

Jom kita belajar cara memasak ikan siakap 3 rasa yang mudah disediakan dan sangat sedap ini.

Bahan-bahan Resepi Ikan Siakap 3 Rasa

Penyediaan Ikan
  • 1 ekor ikan siakap – kelar dan lumur dengan garam dan kunyit
  • Tepung jagung – dilumur pada ikan
  • Minyak – untuk menggoreng ikan
Bahan Menumis
  • 4 ulas bawang putih – diketuk
  • 6 tangkai cili padi – dipotong kecil
  • 1 inci halia – dihiris halus
  • 1 batang serai – diketuk
Bahan Sos
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos ikan (optional)
Bahan-bahan Lain
  • 1 biji bawang besar – dipotong dadu
  • 1 biji tomato – dipotong dadu
  • 1/2 biji cili benggala – dipotong dadu (optional)
  • Kiub nanas dalam tin
  • 3-4 helai daun limau purut – dibuang tulang
  • Daun sup/daun bawang – untuk hiasan
  • Minyak untuk menumis
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Ajinomoto atau perencah masakan secukup rasa

Ikan SiakapMasakan Ikan Siakap 3 Rasa

Cara Memasak Ikan Siakap 3 Rasa

  1. Siang dan bersihkan ikan. Kemudian toskan airnya.
  2. Lumur ikan dengan kunyit dan garam. Biarkan seketika.
  3. Ketika hendak menggoreng ikan, lumur ikan dengan tepung jagung termasuklah bahagian dalam perut ikan.
  4. Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali. Pastikan minyak betul-betul panas dan masukkan ikan siakap yang telah siap dilumur.
  5. Goreng ikan dengan dengan minyak terendam.
  6. Setelah ikan garing, angkat dan ketepikan.
  7. Panaskan minyak dalam kuali yang lain. Tumiskan kesemua bahan menumis iaitu bawang putih, halia, cili padi dan serai.
  8. Setelah bawang putih agak kekuningan, masukkan pula bahan sos iaitu sos cili, sos tomato, sos tiram, sos ikan dan 3 sudu kiub nanas di dalam tin serta daun limau purut. Kacau sekata.
  9. Seterusnya masukkan pula bahan-bahan lain iaitu bawang besar, tomato yang dipotong dadu, nenas dan cili benggala.
  10. Masukkan sedikit air, garam, gula dan ajinomoto secukup rasa.
  11. Sesuaikan rasa. Tambah bahan di atas sekiranya perlu.
  12. Biarkan kuah mereneh seketika. Setelah kuah agak pekat, angkat dan tuangkan di atas ikan yang telah siap digoreng tadi.
  13. Taburkan daun sup atau daun bawang di atasnya.
  14. Siap! Ikan siakap 3 rasa sedia untuk dihidangkan.

Carian Berkaitan
siakap 3 rasa

Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

More Posts - Website

Loading...
Resepi Sup Ayam Yang Mudah dan Simple
Sup ayam atau ‘chicken soup‘ merupakan antara menu masakan sup yang paling mudah
Cara Buat Serawa Durian (Pengat Durian)
Buah durian sememang sedap dimakan begitu sahaja, namun jika ada lebihan durian maka
Resepi Daging Goreng Kunyit (Mudah, Cepat dan Sedap)
Cara memasak daging goreng kunyit adalah sangat mudah dan cepat. Malahan lauk ini
Resepi Char Kuey Teow (CKT), Simple dan Sedap
Susulan artikel Resepi Char Kuey Teow sebelum ini, kami ingin berkongsi satu lagi

Leave a reply "Resepi Ikan Siakap 3 Rasa Yang Sangat Mudah dan Sedap"