Resepi Kari Ikan Yang Simple Tapi Sedap

Kari Ikan

Sebut saja kari ikan, pastinya kita terbayang kari ikan mamak. Kari ikan sememangnya antara menu masakan kegemaran saya. Kalau kena yang betul-betul sedap, memang habis semangkuk kari ikan tuh! Kena pula dengan air kopi panas.. Fuhh memang heaven rasa.

Antara restoren kari ikan kegemaran saya adalah Restoren Mak Jah, Taman U Skudai. Daripada zaman belajar sampai sekarang memang meletop kari ikan dia. Sedap giler bak hangg..

Sebenarnya untuk memasak kari ikan takla sesusah mana. Bahan-bahan yang digunakan pun agak mudah dan simple. Dari segi resepi kari ikan ni lebih kurang sahaja bahan-bahan yang digunakan setiap orang. Namun seringkali apa yang kita masak tak menepati citarasa dan tak sesedap di kedai. Sebenarnya antara kunci kesedapan kari ikan iaitu teknik memasak.

Jom kita lihat resepi dan sedikit tips memasak kari ikan.

  • Masa persediaan: 10 minit
  • Masa memasak: 40 minit

Bahan-bahan Resepi Kari Ikan Simple

Bahan utama:

  • 1 ekor ikan kegemaran anda (ikan siakap, merah, tenggiri, bawal)
  • 2 paket kecil rempah kari ikan
  • 1 sudu besar serbuk cili Baba’s
  • 1/2 sudu besar asam jawa diramas dengan 2 mangkuk air (ambil jusnya sahaja)
  • 3 pelepah daun kari
  • 2 biji cili hijau – dipotong kecil
  • 2 sudu teh halba campur
  • 10 biji kacang bendi
  • 2 biji tomato
  • 1 cawan santan
  • 3 sudu minyak untuk menumis

Bahan tumbuk/hiris halus:

  • 1 inci halia
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar

Resepi Kari Ikan Rempah Ratus Mak Siti

Cara Memasak Kari Ikan

  1. Masukkan serbuk rempah kari bersama 1 sudu besar serbuk cili ke dalam mangkuk kecil. Larutkan dengan sedikit air.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk dan halba campur sehingga naik bau.
  3. Masukkan rempah kari, daun kari dan cili hijau. Perlahankan api dan reneh sehingga rempah pecah minyak dan benar-benar masak.
  4. Masukkan air asam jawa dan santan kemudian masaklah sehingga mendidih.
  5. Seterusnya masukkan ikan, garam dan sedikit serbuk perasa (sekiranya perlu). Biarkan mendidih.
  6. Masukkan pula kacang bendi dan tomato dan masak lagi sehingga kacang bendi menjadi empuk.
  7. Kari ikan anda siap untuk dimakan!

Tips Memasak Kari Ikan Agar Lebih Sedap

  • Ketika menumis, pastikan guna minyak yang banyak tapi janganlah terlampau banyak macam nak goreng ayam tu. Istilah banyak tu maksudnya cukup dan sesuai untuk menumis segala bawang dan rempah.
  • Guna api perlahan ketika menumis sehingga rempah pecah minyak dan setelah itu barulah tambahkan air dan santan. Selepas masukkan santan, kacau hingga sampai kuah kari mendidih untuk pastikan santan tidak pecah minyak (terpisah dari kuah). Setelah kuah mendidih barulah masukkan ikan dan reneh sehingga kari masak.
  • Gunakan kelapa parut ataupun santan segar. Asam jawa perlu diramas bersama dengan kelapa parut dan perah untuk mendapatkan santannya. Cara ini akan menjadikan kari lebih sedap dan menghilangkan hanyir ikan.
  • Untuk dapatkan kari yang lebih sedap, masaklah sehari sebelum dihidangkan sebab rasa rempah dan santan akan menjadi lebih sebati. Bila dipanaskan nanti, kuah kari akan menjadi lebih pekat dan lebih sedap.

Carian Berkaitan

resepi kari ikan, kari ikan simple, kari ikan, masak kari ikan

Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

More Posts - Website

Loading...

Tags: #kari ikan simple #resepi kari ikan mamak #resepi kari ikan sedap

Apa Itu Ovalette?
Apa Itu Ovalette? Nama panggilan lain bagi Ovalette (atau ada juga yang mengeja
Resepi Apam Strawberry
Bahan Untuk Resepi Apam Strawberry 2 biji telur 1 cawan gula 1 sudu
Resepi Sekaya atau Seri Kaya
Seri Kaya atau Sekaya adalah makanan yang manis dan sedap. Ia sangat sesuai
Resepi Bubur Jagung Paling Mudah
Untuk ruangan masakan, kali ini kita akan lihat  resepi pemanis mulut iaitu Resepi Bubur

Leave a reply "Resepi Kari Ikan Yang Simple Tapi Sedap"