Resepi Karipap Black Pepper Sedap

Karipap Sedap

Ada yang bertanyakan tentang resepi karipap yang saya jual. Katanya karipap ini sangat sedap dan rasa lain dari yang lain. Ya betul, memang lain. Kalau selalunya inti karipap dimasak dengan rempah kari, tapi kali ini inti karipap dimasak dengan serbuk rempah kurma dan serbuk rempah sup. Menarik bukan?

Dohnya juga menarik kerana ada dicampurkan sedikit jus limau kasturi. Tidak pasti apa tujuannya tapi percayalah,campuran dengan jus ini menjadikan doh lebih sedap. Cubalah! Terima kasih pada kak siti musainah atas perkongsian.

Resepi Karipap Black Pepper

Bahan-bahan Doh Karipap
  • 1 kg tepung gandum
  • 3 senduk minyak masak (dipanaskan)
  • 3 biji limau kasturi (diambil airnya)
  • 4 cawan air sejuk dari peti ais
Cara-cara Memasak Doh Karipap
  1. Panaskan minyak masak.
  2. Tuangkan perlahan-lahan di dalam tepung gandum yang telah dicampur dengan garam.
  3. Gaul menggunakan sudip kayu sehingga nampak menjadi seperti serbuk roti (hati-hati sebab panas!)
  4. Tuangkan air sejuk sedikit demi sedikit dan juga jus limau kasturi.
  5. Uli sehingga doh tak melekat di tangan. (Jangan terus tuangkan air. Macam saya sendiri air tak habis digunakan)
  6. Perap doh di dalam bekas tertutup (saya simpan dalam tupperware bertutup) selama 10 minit.
  7. Bulat-bulatkan kecil sebesar bola golf.
  8. Gelek doh dan isi inti serta boleh dibakar atau digoreng sebentar jika ingin dijadikan frozen (kalau bakar saya gunakan suhu 170° selama 10minit)
Bahan Inti Karipap
  • Beberapa biji kentang@keledek potong dadu (campurkan kentang dengan keledek jepun)
  • Sebungkus daging/ayam kisar
  • 3 biji bawang besar – didadu
  • 3 ulas bawang putih – dicincang
  • 3 sudu besar rempah kurma
  • 2 sudu besar rempah sup
  • 2 sudu besar serbuk lada hitam kasar
  • Sedikit air
  • Daun sup/daun bawang – dihiris kasar
  • Garam/gula/perasa

Inti Karipap

Cara-cara Memasak Inti Karipap
  1. Panaskan minyak masak.
  2. Goreng kentang dan keledek separuh masak.
  3. Tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga kekuningan dan naik bau.
  4. Masukkan daging/ayam kisar.
  5. Kacau sehingga daging/ayam masak.
  6. Masukkan serbuk rempah kurma dan sup.
  7. Kacau lagi sehingga sebati.
  8. Tuangkan sedikit air dan perlahankan api untuk biarkan rempah garing dan masak.
  9. Setelah nampak rempah agak garing, masukkan kentang dan keledek, kemudian kacau lagi hingga sebati.
  10. Masukkan black pepper, garam, gula dan perasa ikut tahap yang kita sukai.
  11. Masukkan daun sup/daun bawang yang dihiris kasar.
  12. Siap!

Memasak Karipap

Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

More Posts - Website

Loading...
Kisah Jutawan George Ang, Lepas Manhattan Fish Market Kini A&W Pula!
Semalam saya terbaca kisah Restoran Kualiti Sdn. Bhd. (RKSB), anak syarikat milik penuh
Resepi Spaghetti Bakar Ala Arab Yang Sedap
Resepi Spaghetti Bakar ini adalah asal dari Arab Saudi. Ia dikongsi oleh pembantu
Resepi Ayam Masak Halia Yang Ringkas
Masakan yang simple dan cepat seperti resepi ayam masak halia ini memang menjadi
Resepi Mee Bandung Muar Asli (Original)
Mee Bandung Muar adalah salah satu makanan warisan yang digemari ramai seandainya berkunjung

Leave a reply "Resepi Karipap Black Pepper Sedap"