Resepi Kek Keju Strawberi Lemon Paling Mudah

Kek Keju Strawberi Lemon

Jika hari anda sedikit bosan atau muram, kek keju strawberi lemon ini akan menceriakan hari anda dengan rasa masam manisnya yang lazat berkrim. Cara membuatnya juga adalah sangat mudah, anda pasti akan sukakan resepi ini.

Resepi Kek Keju Strawberi Lemon

Bahan-bahan untuk membuat kerak:

  • 1 cawan badam
  • 4 kurma medjool, dibuang biji
  • 1/2 sudu kecil serbuk kayu manis
  • Sedikit garam

Bahan-bahan untuk membuat inti:

  • 2 cawan gajus, direndam selama 2 jam
  • 1/3 cawan pes kurma
  • 2/3 cawan minyak kelapa
  • 2 sudu kecil ekstrak vanila
  • 2 biji lemon, dijus
  • 2 sudu kecil parutan lemon

Bahan-bahan untuk membuat glaze:

  • 1 cawan strawberi

Resepi ini adalah untuk 12 hidangan.
Bahagian yang tidak habis dimakan boleh disimpan di dalam peti sejuk sehingga sebulan.

Cara Membuat Kek Keju Strawberi Lemon

  1. Untuk membuat kerak, proses semua bahan dalam pemproses makanan sehingga mendapat tesktur seperti biskut graham. Ratakan campuran ini ke permukaan kuali springform atau jika tiada, gunakan acuan silikon. Ketepikan.
  2. Untuk membuat inti, kisar semua bahan sehingga mendapat tekstur licin dan berkrim. Kemudian, sapukan merata ke atas permukaan kerak tadi. Letakkan kek di dalam peti sejuk.
  3. Untuk membuat glaze, kisar buah strawberi sehingga mendapat tekstur sos. Kemudian, sapukan merata ke atas permukaan inti kek tadi. Siap!

Tetapi.. kek anda belum boleh dinikmati lagi. Letakkan kek di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya empat jam dahulu. Jika dibiarkan semalaman, lebih baik. Selepas itu makanlah sepuas-puasnya.

Resepi ini diambil dari popsugar.com

Leen

Graduan Komunikasi dan Media Massa ini pernah menjadi jurukecantikan dan instruktur senaman. Sekarang seorang penulis bebas, harapannya adalah untuk mengajak orang ramai memperbaiki kesejahteraan diri.

More Posts - Website

Loading...
Resepi Ayam Masak Halia Yang Ringkas
Masakan yang simple dan cepat seperti resepi ayam masak halia ini memang menjadi
Resepi Mee Bandung Muar Asli (Original)
Mee Bandung Muar adalah salah satu makanan warisan yang digemari ramai seandainya berkunjung
Koleksi 5 Resepi Sambal Kegemaran Malaysia
Orang Malaysia memang tak boleh dipisahkan dengan sambal. Bila makan nasi mesti nak
Resepi Ikan Lumek Kering Merah Pedas Manis
Pernahkah anda makan ikan lumek kering yang berwarna merah dan rasanya pedas-pedas manis

Leave a reply "Resepi Kek Keju Strawberi Lemon Paling Mudah"