Resepi Kerabu Udang Yang Simple

Resepi Kerabu Udang

Resepi Kerabu Udang | Cepat, senang dan segar untuk dimakan bersama nasi. Inilah resepi kerabu udang untuk anda yang menggemari makanan laut.

  • Masa penyediaan: 10 minit
  • Masa memasak: 20 minit
  • Jumlah masa: 30 minit
  • Saiz Hidangan untuk: 2-4 orang

Bahan-bahan Resepi Kerabu Udang

  • 1 sudu besar minyak zaitun
  • 2 sudu besar bawang merah, dihiris halus
  • 750 gram udang, dikupas
  • 3 ulas bawang putih, dicincang
  • 1 sudu kecil halia, diparut
  • 1/4 cawan sup sayur atau air
  • Jus dan parutan kulit sebiji limau nipis
  • 1 tin santan
  • 1 sudu kecil gula merah
  • 1/2 cawan daun ketumbar segar, dicincang
  • 6 helai daun selasih segar, diracik
  • Garam dan lada, secukup rasa

Cara Memasak Kerabu Udang

  1. Masukkan minyak zaitun ke dalam kuali dengan api yang sederhana tinggi. Tumis bawang merah selama kira-kira 5 minit, kacau sekali-sekala sehingga berwarna perang.
  2. Masukkan bawang putih dan halia ke dalam periuk dan masak selama kira-kira satu minit, sehingga naik bau.
  3. Masukkan sup, jus limau dan parutannya, santan dan gula perang. Reneh selama 10 minit.
  4. Masukkan udang, daun ketumbar dan selasih. Masak selama 5 minit lagi atau sehingga udang masak (jangan terlalu lama).
  5. Masukkan sedikit garam dan lada.
  6. Hidangkan serta-merta.

Untuk pengetahuan anda, udang merupakan sumber protein yang baik dan berkalori rendah serta mengandungi omega 3. Walau bagaimanapun, jumlah kolestrol yang terdapat di dalam udang adalah agak tinggi. Setelah makan udang, anda wajar menghadkan pengambilan makanan lain yang berkolestrol tinggi pada hari tersebut.

Selamat memasak dan menjamu selera.

Sumber resepi: saltandlavender.com

Leen

Graduan Komunikasi dan Media Massa ini pernah menjadi jurukecantikan dan instruktur senaman. Sekarang seorang penulis bebas, harapannya adalah untuk mengajak orang ramai memperbaiki kesejahteraan diri.

More Posts - Website

Loading...

Tags: #cara masak kerabu udang #kerabu udang sedap #resep kerabu udang mudah

Resepi Roti Jala Yang Terbukti Sedap dan Tahan Lama
Roti Jala adalah masakan yang versatile dan menjadi kegemaran ramai terutamanya rakyat Malaysia,
Cara Memasak Nasi Goreng Biasa (Simple dan Cepat)
Nasi Goreng Biasa merupakan menu nasi goreng yang paling ‘basic’ sekali. Disebabkan terlalu
Cara Memasak Kangkung Paling Mudah dan Sedap
Masakan kangkung merupakan antara menu yang popular di gerai dan restoran makanan panas. Ia
Resepi Nasi Ayam Paling Sedap Ala Chicken Rice Shop
Nasi ayam merupakan antara makanan kegemaran rakyat Malaysia. Menu ini sangat versatile, simple

Leave a reply "Resepi Kerabu Udang Yang Simple"