Langgan newsletter kami!
OLYMPUS DIGITAL CAMERA
OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Resepi Makaroni Goreng Yang Menyelerakan

Bosan asyik makan nasi? Jom buat kelainan sedikit dengan mencuba makaroni goreng yang cukup mudah dan digemari kanak-kanak. (Kalau anda bukan kanak-kanak pun, anda tetap muda di hati kan?).

Makaroni sebenarnya adalah sejenis pasta yang diperbuat daripada pelbagai campuran bahan seperti tepung, air, telur dan garam. Ia sememangnya sangat popular di negara Barat khususnya Itali.

Jom kita cuba Resepi Makaroni Goreng yang sedap ini.

Bahan-bahan Resepi Makaroni Goreng

  • 2 cawan makaroni (disyorkan guna yang berkualiti dan halal seperti San Remo / Prego / Kimball)
  • 1 labu bawang holland atau bawang besar, dipotong dadu
  • 1 biji tomato, dipotong dadu
  • 1 mangkuk kecil daging, dicincang
  • 1/2 tin sos prego tradisional
  • Sayuran seperti lobak merah, batang celery, lada benggala (atau apa-apa yang anda gemari seperti cendawan dan lain-lain)
  • 2 sudu besar lada hitam
  • 2 sudu besar mixed herbs (boleh dibeli dipasaraya)
  • Sedikit minyak untuk menumis, pilihan terbaik adalah minyak zaitun
  • Garam dan gula, secukup rasa
  • Sedikit air

Cara Memasak Makaroni Goreng

  1. Didihkan air, tambahkan secubit garam dan 1 sudu besar minyak.
  2. Celur makaroni sehingga lembut kemudian tos dan ketepikan.
  3. Panaskan minyak masak. Tumiskan bawang bersama tomato sehingga layu.
  4. Masukkan daging dan sedikit air. Masak sehingga empuk.
  5. Masukkan sos prego bersama garam dan gula, kacau sehingga mendidih.
  6. Masukkan makaroni tadi bersama lada hitam dan mixed herbs. Kacau rata.
  7. Akhir sekali, masukkan sayur dan biar sebentar kemudian tutup api.
  8. Makaroni goreng anda siap untuk dimakan!
Print Friendly, PDF & Email

About Leen

Graduan Komunikasi dan Media Massa ini pernah menjadi jurukecantikan dan instruktur senaman. Sekarang seorang penulis bebas, harapannya adalah untuk mengajak orang ramai memperbaiki kesejahteraan diri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: