Resepi Pes Ibu Sambal Untuk Kegunaan Segera Pada Bila-bila Masa

Pes Ibu Sambal

Memang tidak mudah untuk bangun pada awal pagi yang masih gelap, tetapi jangan bimbang jika anda tidak sempat menyediakan sahur untuk keluarga. Mari belajar cara-cara untuk membuat pes ibu sambal di rumah supaya anda dapat menggunakannya segera pada bila-bila masa. Memang sangat berguna dan menjimatkan masa terutamanya buat wanita yang bekerja. Pes sambal yang dibuat sendiri ini lebih sihat kerana tiada bahan pengawet!

  • Tempoh penyediaan: 10minit
  • Tempoh memasak: 25minit

Bahan-bahan Pes Ibu Sambal

Bahan kisar

  • 1 cawan cili kisar
  • 2 biji bawang besar
  • 1 biji bawang putih
  • 1 sudu besar udang kering
  • 1 cm halia

Bahan lain

  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 2 sudu besar gula merah
  • 1 sudu besar gula pasir

Cara Membuat Pes Ibu Sambal

  1. Kisar dahulu semua bahan kisar di atas.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar tersebut.
  3. Masukkan 1/2 sudu gula pasir (tujuannya supaya sambal berwarna merah yang cantik dan cepat kering atau pekat)
  4. Tumis sehingga pecah minyak.
  5. Kemudian masukkan air asam jawa, gula merah dan 1/2 sudu lagi gula pasir.
  6. Masak sehingga pekat dan berkilat.
  7. Siap!
  8. Sejukkan dahulu sebelum dimasukkan ke dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti sejuk untuk kegunaan masa akan datang.

Kredit: SedapTube


Carian Berkaitan

SAMBAL UDANG KERING

Leen

Graduan Komunikasi dan Media Massa ini pernah menjadi jurukecantikan dan instruktur senaman. Sekarang seorang penulis bebas, harapannya adalah untuk mengajak orang ramai memperbaiki kesejahteraan diri.

More Posts - Website

Loading...

Tags: #cara buat pes sambal

Resepi Rahsia Sandwich Sardin Yang Mudah & Sedap
Resepi Rahsia Sandwich Sardin Yang Sedap. Menarik bukan tajuknya? Sebut saja sandwich tentu
Cara Memasak Telur Dadar Yang Mudah & Sedap
Masakan Telur Dadar memang digemari hampir semua orang. Bukan sahaja kosnya murah malahan rasanya
Resepi Tteokbokki Korea Yang Popular
Sekiranya anda adalah penggemar drama Korea ataupun peminat KPOP ataupun peminat Running Man
Resepi Daging Goreng Berempah
Daging goreng sememangnya antara menu makanan yang sedap jika dimakan begitu saja dengan