Langgan newsletter kami!
Pisang Goreng Cheese

Resepi Pisang Goreng Rangup

Dapat makan pisang goreng yang rangup memang membuat minum petang jadi seronok. Apatah lagi setelah selesai kerja yang bertimbun di pejabat. Cuba resepi ini untuk membuat adunan tepung goreng yang crispy rangup krup krup. Bukan setakat pisang malahan cempedak goreng, ubi keledek goreng, bayam goreng dan cendawan goreng juga boleh disediakan dengan menggunakan adunan ini.

Bahan-bahan Resepi Pisang Goreng

  • 2 senduk tepung beras
  • 1/2 hingga 1 senduk tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu besar mentega
  • 1 biji telur
  • Sedikit serbuk kunyit sebagai perwarna
  • Secubit gula
  • Garam
  • Air secukupnya

Cara Membuat Adunan Pisang Goreng

  1. Satukan semua bahan dan kisar.
  2. Sedia untuk digunakan.

Cara Memasak Pisang Goreng

  1. Panaskan minyak dengan suhu yang paling tinggi.
  2. Celup pisang atau apa sahaja yang anda ingin goreng ke dalam adunan tepung dan masukkan ke dalam kuali.
  3. Angkat tinggi supaya terhasil keropok yang banyak dan garing.
  4. Balik-balikkan dan angkat. Toskan lebihan minyak di atas tisu dapur.
  5. Sedia untuk dinikmati.

Hidangkan bersama minuman petang kegemaran anda.

Resepi Pisang Goreng Cheese

Namun bagi yang sukakan kelainan dan rasa pisang goreng yang lebih lazat dan lemak, anda boleh cuba resepi pisang goreng cheese. Caranya mudah sahaja.

  1. Parut keju cheddar. (Keju dalam bentuk buku)
  2. Taburkan di atas pisang goreng yang telah siap dimasak.
  3. Untuk lagi sedap, taburkan di atasnya coklat Hershey tak kira sama ada yang berbentuk cecair mahupun coklat.
  4. Siap! Mmm .. Nyum nyum.

Selamat mencuba.

Print Friendly, PDF & Email

About Leen

Graduan Komunikasi dan Media Massa ini pernah menjadi jurukecantikan dan instruktur senaman. Sekarang seorang penulis bebas, harapannya adalah untuk mengajak orang ramai memperbaiki kesejahteraan diri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: