Resepi Sambal Tumis Udang Manis

Sambal Tumis Udang Manis Pedas

Resepi sambal tumis udang manis | Sedapnya makan sambal tumis udang manis! Tambah-tambah lagi udangnya segar, baru naik dari laut. Tak cukup sepinggan nasi dibuatnya. Kalau anda pun nak makan sambal tumis udang manis, ini resepinya yang cukup mudah.

Sedikit peringatan untuk anda yang alahan pada makanan laut, anda seharusnya mengelakkan daripada makan udang tetapi kalau teringin juga, sediakan ubat terlebih dahulu dan rasalah sedikit untuk mengelakkan kempunan. Hehe..

Bahan-bahan Resepi Sambal Tumis Udang Manis

  • 1 kilo udang
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 ulas bawang merah
  • 1 botol sambal pedas (disyorkan jenama Saji)
  • 1 sudu kecil lada sulah
  • 1 sudu sos tiram
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Sedikit air (100ml)

Cara Memasak Sambal Tumis Udang Manis

  1. Panaskan kuali dengan minyak masak untuk menumis.
  2. Tumis bawang putih sehingga garing.
  3. Masukkan sambal pedas Saji dan tambah sedikit air.
  4. Masukkan lada sulah, sos tiram, bawang merah dan udang.
  5. Biarkan mendidih dan tutupkan api.
  6. Masakan sedia untuk dinikmati!

Kredit: thethicktalk.blogspot.my

Sedikit fakta menarik mengenai udang:

  • Udang adalah salah satu sumber protein yang sangat baik dan berkualiti tinggi.
  • Ia mengandungi vitamin dan mineral dari laut yang baik untuk kesihatan.
  • Udang adalah rendah kalori dan tidak mengandungi karbohidrat.
  • Walaupun kandungan kolesterol dalam udang tinggi, ia mengandungi Omega- 3 dan asid lemak yang tinggi yang baik untuk kesihatan jantung.

 

Leen

Graduan Komunikasi dan Media Massa ini pernah menjadi jurukecantikan dan instruktur senaman. Sekarang seorang penulis bebas, harapannya adalah untuk mengajak orang ramai memperbaiki kesejahteraan diri.

More Posts - Website

Loading...
Resepi Ayam Masak Merah Yang Paling Sedap
Kali ini, kami ingin berkongsi cara memasak ayam masak merah yang paling sedap.
Resepi Fish Cake Homemade
Walaupun bukan lagi seorang kanak-kanak, saya masih gemar makanan ringan seperti bebola udang,
Juadah Berbuka Puasa Pilihan Artis Malaysia
Pejam celik pejam celik, Ramadhan yang dirindui kini kembali. Disambut penuh ketaqwaan, umat
6 Kuih-Muih Wajib Beli Di Bazar Ramadhan
Buat anda yang tidak sempat memasak dan menyediakan makanan, bazar Ramadhan menjadi lokasi

Leave a reply "Resepi Sambal Tumis Udang Manis"